ANNUAR MUSA CUBA SABOTAJ KERJASAMA MUAFAKAT NASIONAL?

870
SHARES
5.1k
VIEWS

Banyak pihak dalam UMNO dan PAS sendiri kini tertanya-tanya apa tujuan Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa memberi kenyataan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO jika tanpa Bersatu? 

Beliau berlagak seolah-olah mewakili atau mengetahui apa yang dikehendaki oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) sedangkan langsung tiada kedengaran PAS secara rasmi membuat kenyataan sedemikian.

Apa agenda Annuar sebenarnya? Atau mungkin lebih tepat agenda siapa sebenarnya yang beliau bawa? 

Motif Annuar dalam wawancara yang dikendalikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, juga boleh dipertikai kerana beliau seperti memperlekeh partinya sendiri dan kerjasama yang terjalin antara UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional. 

Kenyataan tidak wajar Annuar itu turut ditegur oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebagai tidak tepat.

Tidak tepat apa yang didakwa, kerana keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional Rabu lepas bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS sebagai dua parti teras mewakili Bumiputera-Melayu-Islam.”

TIDAK TIMBUL LANGSUNG soal PAS beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan UMNO tanpa PPBM.”

Rujuk siaran di laman Facebook beliau di pautan; https://www.facebook.com/116331768396879/posts/4006576096039074/

Asyraf menegaskan perkara tersebut sebagai “TIDAK TIMBUL LANGSUNG” mengenai kerjasama dalam Muafakat Nasional, jelas sangat bertentangan dengan apa yang didakwa oleh Annuar.

Justeru adakah Annuar sebenarnya ingin melihat UMNO dan PAS bercakaran? Adakah ini yang beliau mahukan di sebalik UMNO dan PAS sendiri berterusan berusaha untuk memperkasakannya?

Ataupun adakah beliau kini sudah menjadi ‘jurucakap’ kepada abang besarnya iaitu Bersatu, sama seperti Ahli Parlimen Amanah lakukan untuk DAP – yang perlu Annuar segera jelaskan mengenai pendiriannya ini.

Apatah lagi akhir-akhir ini beliau terlihat bukan sahaja sibuk mempertahankan Bersatu yang seolah-olah “langsung tidak boleh disentuh”.

Namun di sebalik apapun yang Annuar cuba lakukan, kerjasama Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS terus diperkasa setiap hari.

Buktinya yang terkini di Pahang apabila kerjasama UMNO dan PAS melalui ikatan Muafakat Nasional berjaya melaksanakan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang bagi melantik 5 ADUN tambahan, sehingga ADUN-ADUN DAP bertindak keluar Dewan kerana kalah dalam undian.

Rujuk; https://editormalaysia.com/19020/

Justeru adalah lebih baik Annuar meminta maaf secara terbuka kepada PAS dan UMNO serta menetapkan pendirian sebenar beliau kerana tindakan beliau akhir-akhir ini bukan sahaja semakin mengelirukan malah berupaya mengeruhkan hubungan baik yang terjalin antara PAS dan UMNO.

Cukup-cukuplah Annuar.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts