KEJAYAAN PINDA UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PAHANG SERLAHKAN KEKUATAN MUAFAKAT NASIONAL UMNO-PAS DI PAHANG

405
SHARES
2.4k
VIEWS

1. Alhamdulillah, hari ini kerjasama UMNO dan PAS melalui ikatan MUAFAKAT NASIONAL terserlah apabila RUU untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang berjaya dilaksanakan sehingga ADUN-ADUN DAP bertindak keluar Dewan kerana kalah dalam undian.

2. Melalui pindaan ini Kerajaan Negeri boleh melantik 5 ADUN tambahan sebagaimana yang diamalkan di Sabah (6 ADUN Lantikan) dan Terengganu (4 ADUN Lantikan).

3. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang telah mengilhamkan pindaan ini bagi meletakkan satu lagi asas yang kukuh demi kemakmuran Negeri Pahang Darul Makmur.

4. Bagi Pemuda UMNO, dengan mewujudkan 5 ADUN lantikan tambahan, Menteri Besar boleh melantik wakil masyarakat dari kalangan profesional, ahli akademik, ulamak, pemimpin wanita muda, belia, Orang Asli mahupun golongan OKU.

5. Ini seiring dengan konsep Dewan Negara di peringkat Parlimen Persekutuan, bagi mewujudkan keseimbangan dan menggalakkan partisipasi yang konstruktif daripada pelbagai golongan yang mewakili suara kelompok tertentu dalam masyarakat demi kelangsungan kemakmuran dan kesejahteraan negeri.

6. Kejayaan hari ini juga menggambarkan kebijaksanaan YB Menteri Besar Pahang yang mempelopori model kerjasama kukuh dan ampuh MUAFAKAT NASIONAL antara dua parti tunjang orang Melayu Islam di Negeri Pahang.

7. Pahang boleh menjadi model dan contoh ikutan terbaik buat negeri-negeri lain dalam memperkasa dan memperkukuhkan lagi kerjasama dan permuafakatan UMNO-PAS dalam MUAFAKAT NASIONAL.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

20 November 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts