GPMS SOKONG PENUH SIARAN PROGRAM DIDIKTV@NTV7

361
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA GPMS

19 November 2020

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyambut baik dan menyokong penuh keputusan serta kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Media Prima Berhad (MPB) bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan menerusi NTV7 dikenali DidikTV@NTV7.

GPMS melihat penambahan siaran slot TV Pendidikan menerusi saluran tidak berbayar ini selain siaran sekarang melalui TV Okey di RTM dan Tutor TV di ASTRO akan memberi ruang seluas-luasnya bagi pelajar untuk memanfaatkan kemudahan ini terutamanya bagi pelajar yang tiada akses siaran berbayar seperti ASTRO.

DidikTV@NTV7 yang akan memulakan siarannya pada 23 November 2020 hingga 31 Disember 2020 ini selama 3 jam untuk setiap hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari, Isnin hingga Jumaat) dilihat sebagai satu platform tambahan kepada pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran selain daripada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menerusi atas talian yang sedang dilaksanakan sekarang oleh KPM.

GPMS berharap agar kerjasama ini akan berterusan untuk tahun 2021 bagi memastikan semua pelajar mendapat manfaat yang sebaiknya serta membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mengakses PdP menerusi atas talian supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka terutamanya kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tahniah Kepada YB Dr. Radzi Jidin dan pasukan KPM yang bertungkus lumus dalam melaknakan tugas dalam memastikan peluang pembelajaran dapat dilaksanakan dengan pelbagai medium pada PKPB ini.

Sekian.

Mohd Alif Anas Haji Md Noor

Presiden GPMS

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts