JASA: LIM KIT SIANG DAN FITNAH BERPISAH TIADA

842
SHARES
5k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Inil adalah jawapan saya kepada kenyataan media Lim Kit Siang bertarikh 15 November 2021.

Pendirian saya adalah jelas. Penubuhan balik JASA wajar. Jangan apologetik. Manakala peruntukan 2021 sebanyak RM85.5 juta mesti dibahas semula kewajarannya.

Pokoknya Lim Kit Siang dan DAP main politik dengan fitnah. Sebab itu kerajaan PH-DAP mampu bertahan 22 bulan sahaja. Tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Berjanji tidak ditunaikan. Anak kesayangannya adalah Menteri Kewangan paling gagal. Termasuk beberapa Menteri DAP yang lain.

Letak titik perpuluhanpun tidak tahu. Guan Eng juga menipu Parlimen. Dia tuduh duit refund GST dicuri oleh BN. Tetapi siasatan PAC di zaman PH menafikannya.

Kini dia mahu ‘menyucikan’ dosa DAP yang menutup JASA sehingga 782 orang kehilangan pekerjaan. Ada yang diisytihar bankrap dan gagal mencari kerja hingga ke hari ini.

Lim Kit Siang juga berbohong kononnya gaji saya lebih besar daripada gaji Menteri. Sudah lama saya jelaskan bahawa lantikan saya adalah “Contract for service”. Justeru gaji dibayar secara “lump sum”.

Saya tidak ada elaun rumah, keraian, perjalanan, pembantu rumah dan lain lain. Lump sum itu pun tidak melebihi RM20 ribu.

Jangan bandingkan elaun lump sum saya dengan gaji ‘asas’ menteri. Campur semua elaun lain sudah tentu dua kali ganda daripada apa yang saya terima. Apakah gaji Guan Eng kurang dari RM20 ribu?

Menurut Kit Siang, ada JASA pun tidak guna kerana BN kalah teruk dalam PRU ke-14. Dia lupa fitnah dahsyat DAP-PH menyebabkan mereka menang. Ditambah dengan janji kosong PH-DAP.

Buktinya bila rakyat sedar penipuan DAP, maka pertama kali dalam sejarah, UMNO berjaya mengalahkan DAP di PRK Cameron Highland dengan majoriti yang besar.

Tidak pernah UMNO-DAP berlawan. Biasanya DAP lawan MCA atau GERAKAN. Di Cameron Highland DAP kalah di tangan UMNO. Hatta Kerajaan boneka DAP tumbang selepas 22 bulan berkuasa.

Maka mengaitkan JASA dengan kekalahan BN hanya alasan untuk dosa tutup JASA. Kalau begitu kenapa tidak tutup JAPEN, MKN, KEMAS, RTM dan BERNAMA? 

Seperkara lagi, kenapa mahu dibandingkan bajet setahun JASA 2021 sebanyak RM85.5 juta dengan RM100 juta untuk 4 tahun?

Fakta itu juga salah. BN kalah Mei 2018. Aktiviti JASA tergantung. Oktober 2018 JASA ditutup. Jumlah sebenar untuk 4 tahun itu mungkin sekitar RM80 juta sahaja bukan RM100 juta.

Sudah tentu RM80 juta untuk 4 tahun itu melibatkan pembayaran elaun staf tetap dan “dasar sedia ada” seperti sewa dan program. Adalah bohong RM80 juta itu untuk program semata-mata.

Tetapi JASA memang perlu sedikit bajet untuk terus memerangi pembohongan DAP.

Lim Kit Siang sebenarnya mahu mengalih isu. DAP berdosa besar menzalimi rakyat yang dibuang kerja.

Syukur, DAP sudah dihukum.

(Penulis merupakan bekas Ketua Pengarah JASA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts