‘JABATAN PENYELIDIKAN’, UNIT RISIKAN JPM DIPERGUNAKAN UNTUK PRU-14?

434
SHARES
2.6k
VIEWS

Berikutan sepucuk surat tiga halaman daripada Unit Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri yang ditujukan kepada Pengarah CIA yang baharu dilantik, Gina Haspel, bocor kepada media baru-baru ini menimbulkan kontroversi  apabila kerajaan Barisan Nasional didakwa menggunakan pengaruh unit risikan negara untuk memenangi PRU-14, sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. 

“Sekiranya kita (Malaysia) mempunyai unit perisikan atau jabatan, yang bukan perkara luar biasa bagi mana-mana kerajaan, risikan mestilah mengenai memastikan keselamatan negara dan rakyatnya dan bukan mengenai politik,” katanya.

Pandangan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa tidak tahu mengenai surat tersebut dan berkata risikan sepatutnya memastikan keselamatan negara dan bukan mengenai soal pilihan raya adalah sesuatu yang wajar.

Walaupun belum dapat dipastikan kesahihan arahan tersebut datangnya daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ataupun ketua unit risikan tersebut membuat inisiatif tersendiri bagi membantu pilihanraya namun perkara tersebut tidak sepatutnya dibenarkan daripada berlaku.

Ini kerana unit risikan sepatutnya digunakan hanya untuk keselamatan dan kedaulatan negara dan rakyat, memastikan tiada ancaman militan atau anasir pengganas menyusup masuk selain daripada membuat hubungan dengan unit risikan seluruh dunia, integriti dan keutuhan unit ini sewajarnya sentiasa dipelihara dan dihormati.

Rakyat amat mengalu-alukan jaminan agar dipisahkan antara tugasan politik dan menangani ancaman terhadap negara agar Unit Penyelidikan dapat diperkasa, dipertahankan dan tidak digunakan untuk tujuan politik agar wujud sebagai sebuah unit risikan yang disegani.

Selain itu, Datuk Saifuddin juga memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula peranan anggota polis Cawangan Khas dalam memantau ahli-ahli politik.

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak (Menteri Dalam Negeri) (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) tetapi saya percaya beliau melihat aspek ini di mana urusan utama pasukan polis adalah mengenai keselamatan dan bukan untuk memastikan pihak tertentu memenangi pilihan raya atau sesuatu seperti itu.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts