• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, January 27, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

UMANY PENGECUT!

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
November 13, 2020
in Semasa, Utama
0
UMANY PENGECUT!
98
SHARES
1.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA GPMS

13 November 2020

1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) maklum berkenaan kenyataan maaf dari pihak University of Malaya Association of New Youth (UMANY) dan tindakan mereka menarik balik kenyataan mereka bertarikh 30 Oktober yang lalu.

2. Namun GPMS melihat tindakan tersebut adalah satu tindakan bacul. Tindakan ini seolah-olah seperti “baling batu sembunyi tangan”. Hal ini demikian kerana telah beberapa kali UMANY bertidak melampaui batas dan biadab. Sudah sampai masanya tindakan seperti ini dihentikan melalui amalan undang-undang.

3. Dalam pada masa yang sama UMANY dilihat cuba mengalihkan pandangan masyarakat bahawa mereka adalah golongan yang ditindas apabila menuduh pihak Polis Diraja Malaysia menyalahgunakan kuasa dan bertindak melampaui hak asasi manusia. Ini adalah tindakan bacul dan sekali lagi mencabar prinsip kedaulatan undang-undang di dalam negara kita.

4. Dengan ini, GPMS bertegas tidak akan menarik balik laporan polis yang telah dibuat oleh semua cawangan dan ahli GPMS seluruh negara bersama-sama rakan-rakan NGO seluruh negara. Kami juga menyeru pihak polis agar tidak tunduk dengan permintaan daif UMANY supaya pihak polis menghentikan siasatan. Siapa UMANY untuk menentukan gerak kerja dan siasatan pihak polis?

5. GPMS sekali lagi bertegas bahawa UMANY perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimeda 1998 kerana menyebar kebencian terhadap Yang DiPertuan Agong. Jika tindakan tidak diambil oleh pihak berkuasa, GPMS bimbang lebih ramai individu mahupun kumpulan-kumpulan pelampau seperti UMANY akan membuat kenyataan-kenyataan yang menghina dan mempersenda isu-isu sensitif seperti ini.

6. GPMS juga telah menghantar surat rasmi kepada Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya pada 2 November yang lalu supaya pihak Universiti Malaya mengambil tindakan mengharamkan UMANY sebagai sebuah persatuan mahasiswa di universiti tersebut. GPMS merasakan bahawa tidak perlu ada persatuan pelampau yang mampu merosakkan akal waras mahasiswa dan tidak beradab. Kerana ianya jelas bertentangan dengan prinsip kelima di dalam Rukun Negara yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat selama ini.

7. Akhir sekali, GPMS sebagai sebuah gerakan belia dan pendidikan tertua di negara ini tidak pernah gentar dan takut dengan mana-mana organisasi yang cuba mengkucar-kacirkan keamanan negara. GPMS dan rakan-rakan NGO tidak akan duduk diam jika kes UMANY ini tidak dihukum sewarasnya. GPMS juga akan terus menjadi sebuah gabungan pelajar Melayu yang bermaruah dan mempertahankan suara pelajar-pelajar melayu dalam pelbagai isu termasuk isu nasional.

Sekian. Salam hormat. 

MOHD ALIF ANAS BIN HJ MD NOOR

Presiden GPMS

Tags: GPMSMohd Alif Anas Md NoorUMANYYDP Agong
Previous Post

MEMACU KEMANDIRIAN BANGSA MELAYU

Next Post

UMANY PERSOAL KEDAULATAN PERLEMBAGAAN WAJAR DIAMBIL TINDAKAN

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

PARLIMEN KINI BOLEH DIBUBARKAN MELALUI KUASA PREROGATIF YDP AGONG

PARLIMEN KINI BOLEH DIBUBARKAN MELALUI KUASA PREROGATIF YDP AGONG

January 26, 2021
SUATU PENGENALAN STRUKTUR ASAS PERLEMBAGAAN DARI PERSPEKTIF MALAYSIA (SIRI I)

SUATU PENGENALAN STRUKTUR ASAS PERLEMBAGAAN DARI PERSPEKTIF MALAYSIA (SIRI I)

January 25, 2021
PENJAJARAN SEMULA PERUNTUKAN: KERAJAAN WAJAR UTAMAKAN PEMBERIAN PERANTI

PENJAJARAN SEMULA PERUNTUKAN: KERAJAAN WAJAR UTAMAKAN PEMBERIAN PERANTI

January 23, 2021
KEPUTUSAN GANTUNG PARLIMEN KETIKA DARURAT 2021 TIDAK BOLEH DICABAR DI MAHKAMAH

KEPUTUSAN GANTUNG PARLIMEN KETIKA DARURAT 2021 TIDAK BOLEH DICABAR DI MAHKAMAH

January 20, 2021
ANNUAR TUDUH UMNO DERHAKA KEPADA RAJA AMAT MELAMPAU

ANNUAR TUDUH UMNO DERHAKA KEPADA RAJA AMAT MELAMPAU

January 20, 2021
BELAJAR DARIPADA SEJARAH UNTUK MEMBINA NEGARA DAN RAKYAT YANG LEBIH BAIK

BELAJAR DARIPADA SEJARAH UNTUK MEMBINA NEGARA DAN RAKYAT YANG LEBIH BAIK

January 20, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In