YB PASIR MAS: SYARAT BN BUKAN DONGENG

865
SHARES
5.1k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Tidak pelikpun bila YB PAS dari Pasir Mas menyindir sokongan bersyarat BN terhadap Bajet 2021 yang dibahaskan secara berfakta oleh Datuk Seri Najib.

Tiba-tiba ia disanggah dengan fakta dongeng dan hikayat oleh YB PAS dari Pasir Mas. Teruk dia dibelasah oleh netizen.

Kita tidak pelik kerana dia ahli parti politik. Mereka juga mahu kuasa. Mereka ada jawatan dalam Perikatan Nasional. Kita faham biila YB Pasir MAS sokong bajet tanpa syarat.

Memperjuangkan nasib rakyat yang terkesan teruk kerana COVID-19 bukan cerita dongeng. Moratorium automatik dan pengeluaran dari akaun 1 KWSP bukan cerita hikayat. Ia adalah suara rakyat untuk kesenangan rakyat.

Ia tidak melibatkan pertambahan perbelanjaan. Akaun 1 adalah duit rakyat. Manakala moratorium automatik hanyalah penangguhan sementara membayar pinjaman kepada bank yang masih untung.

Syarat Puteri Gunung Ledang adalah sindiran jangan jaga kepentingan diri tetapi jaga rakyat susah. Sokongan bersyarat BN ialah untuk rakyat. Bukan kerana kesenangan dan kuasa.

7 dulang hati kuman dan 7 dulang darah anak sendiri bukan syarat BN. Sebaliknya BN mahu ‘hati’ rakyat senang dan ‘darah’ keringat rakyat dihargai. Ramai hilang pekerjaan dan bankrap. Rakyat amat susah.

Apakah YB Ahmad Fadhli mahu tukar Pasir Mas kepada Jambatan Emas seperti dalam cerita dongeng itu demi menjaga kepentingan kelompok sendiri bukan rakyat?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts