KE MANA HILANGNYA ADAB?

2.1k
SHARES
12.1k
VIEWS

Islam mengajar kita betapa adab itu mengatasi segala ibadah dan menjadi perkara paling asas dalam menuntut ilmu. Tanpa adab maka terserlah biadab. Dan inilah yang berlaku kepada seorang pemimpin parti yang berslogankan Islamik… kononnya.

Sejak UMNO dan PAS bermuafakat dan menubuhkan MUAFAKAT NASIONAL, dari hari pertama PWTC menjadi saksi berlinangan air mata ahli yang betapa sayu melihat penyatuan bersejarah itu sehingga ke hari ini, belum pernah ada lagi seorangpun Ahli Parlimen dari pihak UMNO yang menghentam atau mengeluarkan kata-kata sinis, perli dan biadab sebegini sekali terhadap PAS.

Namun hari ini tercatat sejarah Ahli Parlimen PAS daripada Pasir Mas telah begitu biadap sekali mengeluarkan kata-kata sinis dan perli dalam perbahasan BN.

Adakah ini isyarat bahawa PAS sudah merasa mereka sudah jadi ‘abang besar’ dengan merasakan besar diri, bongkak dan angkuh sehingga tidak lagi tahu hormat dan beradab kepada rakan semuafakat? 

Lebih mendukacitakan sikap biadab itu pula datangnya dari Ahli Parlimen PAS Pasir Mas yang pernah membentang kertas kerja ketika di Perhimpunan Kongres Melayu dan sedihnya beliau melakukan secara terbuka dalam Dewan Rakyat. Ia seolah-olah satu pengrisytiharan perang yang mulai dipalu sendiri oleh Ahli Parlimen PAS yang biadab itu!

Kebiadapan itu pula dilakukan terhadap Pengerusi jemaah Penasihat BN iaitu DS Najib yang merupakan mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO. Kalau marah sangat sekalipun, adab harus dijaga. Islam ajar jangan buka aib di khalayak ramai. Beginikah peribadi seorang pemimpin Islam dari jamaah dikatakan sangat menjaga akhlak para pengikutnya? 

Sedangkan UMNO selama ini cukup memelihara adab terhadap PAS dan tidak pernah lagi UMNO menghina atau perli mana-mana Presiden atau mantan Presiden PAS sejak Muafakat Nasional dimeterai dan dibentuk.

Justeru itu tindakan Ahli Parlimen PAS Pasir Mas itu adalah perilaku biadab yang tidak boleh diterima terhadap rakan semuafakat dan beliau harus didisiplin dan ditegur serta dikenakan tindakan tatatertib. Jangan bagi alasan masih muda kerana mustahil perkara paling asas dalam akhlak seorang Muslim itu diabaikan. Beliau harus sedar yang diperlekehkan itu adalah RAKAN PERMUAFAKATAN. Bukannya musuh yang nyata!

Saya berasa amat kecewa kerana ini bukan akhlak dan adab seorang pejuang jamaah Islam!

Lebai Kampung

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://www.facebook.com/1438625428/posts/10218067994558252/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts