MENTERI KEWANGAN TIDAK DAPAT KESAN WANG 1MDB?

710
SHARES
2.3k
VIEWS

Dalam sebuah kenyataan dilaporkan Bloomberg semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengatakan Malaysia mungkin boleh mendapatkan semula sehingga RM14.2 bilion dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Jumlah itu adalah 30 peratus daripada kesemua RM50 bilion yang didakwa dilesapkan. Tambahnya, kerajaan mungkin mampu mendapatkan semula sekurang-kurangnya 10 peratus atau sehingga 30 peratus daripada jumlah tersebut.

Beliau juga menyebut;

“Kita tak dapat kesan ke mana wang itu dan apa yang mereka beli.”

“Apa yang kita boleh kesan pula terdapat persoalan tentang pemilikan kerana proses perundangan dan perbezaan bidang kuasa negara yang terlibat,”

Kenyataan beliau yang diterbitkan di Malaysiakini juga mendapat reaksi positif netizen dan juga segelintir yang mengecamnya kerana tidak dapat mengesan wang tersebut.

Antara komen yang diajukan ialah:

  • Wang 1MDB bukan dalam peti besi, pihak akaun boleh mengesan aliran wang keluar sama ada melalui arahan pindahan wang, melalui cek ataupun dikeluarkan secara tunai
  • Bukan isu apa yang dibeli atau ke mana wang tersebut dibelanjakan tetapi isu siapa yang benarkan wang tersebut dikeluarkan dan diberi kepada siapa
  • Siapa yang memberikan kebenaran tersebut perlu disiasat, dibekukan akaun serta ditangkap
  • Bagaimana seorang Menteri Kewangan boleh memberi alasan tidak dapat kesan dan tidak tahu apa  yang dibeli
  • Bagaimana jika Menteri Kewangan memberi alasan serupa tidak dapat mengesan dan tidak tahu ke mana wang milik negara dibelanjakan kelak

Pandangan netizen menyokong tindakan Lim Guan Eng namun mempertikaikan beliau kerana membuat kenyataan tidak boleh mengesan wang 1MDB dan tidak tahu dibelanjakan untuk membeli apa.

Mustahil pihak Kementerian Kewangan tidak boleh menyiasat dengan terperinci kerana semua dokumen di depan mata dan boleh berhubung dengan Bank Negara pada bila-bila masa sekiranya diperlukan kerana isu 1MDB ini menjadi keutamaan Kementerian Kewangan seperti yang dimaklumkan oleh Lim Guan Eng.

“Kita akan jelaskan dan mengkaji semula serta mendedahkan kesemuanya dalam tempoh 100 hari, supaya kita boleh selesaikan hal ini.”

“Kita tidak hanya mahu memerintah dengan sekadar mendedahkan skandal. Tidak. Kita mahu bergerak ke depan selepas itu,” 

Bagaimana Lim Guan Eng ingin menyelesaikan skandal 1MDB dalam masa 100 hari kerana kini cuma berbaki 27 hari lagi menuju ke matlamat 100 hari seperti yang beliau janjikan sedangkan belum ada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Kes SRC International juga hanya akan dibicarakan pada 18 Februari tahun hadapan.

Netizen yang menyokong tindakan menyiasat 1MDB mula muak apabila kenyataan Lim Guan Eng berubah-ubah sepanjang masa dan jumlah yang disebut juga sering tidak konsisten.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts