BELANJAWAN 2021 TIDAK SEMPURNA?

773
SHARES
4.5k
VIEWS

Antara yang hangat dipertikai mengenai Belanjawan 2021 yang selesai dibentangkan semalam ialah mengenai pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium yang tidak dilanjutkan secara automatik dan juga bantuan dan inisiatif kepada mahasiswa yang dilihat langsung tidak diberikan.

Rujuk artikel, “MPPK mohon kerajaan nilai semula inisiatif mahasiswa” di pautan; https://editormalaysia.com/18580/

Selain daripada DAP seperti biasa membuat isu dengan mengecam kononnya kerajaan tidak memberikan bantuan sesenpun kepada sekolah vernakular, isu pengeluaran wang KWSP semakin kuat kedengaran.

Apatah lagi di sebalik pelbagai inisiatif disediakan buat komuniti perniagaan bagi merancakkan ekonomi, serta pengumuman Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH), rakyat yang berdepan dengan pelbagai kesukaran ketika ini menuntut rasional kerajaan agar menimbangkan semula permintaan mereka mengeluarkan caruman daripada Akaun 1 KWSP.

Adakah semua permintaan rakyat bagi menimbangkan semula Belanjawan 2021 ini menunjukkan kelemahan kerajaan, sama ada tidak cukup masa mengkaji sepenuhnya terlebih dahulu ataupun kerajaan terlepas pandang?

Atau adakah ini menunjukkan kerajaan tidak prihatin di sebalik pelbagai bantuan dan inisiatif yang menggunakan naratif ‘prihatin’ seperti Geran Khas Prihatin, Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Prihatin Nasional dan lain-lain maka adakah ini membuktikan kerajaan hanya berpura-pura prihatin? 

Jawapannya mudah, di sebalik pelbagai inisiatif yang diberikan, tiada lagi sebarang pembentangan belanjawan di mana-mana negara di dunia yang diiktiraf sebagai lengkap ataupun sempurna, justeru di situlah wujudnya keperluan bagi membahas belanjawan tersebut selepas ia dibentangkan.

Namun jika perbahasan belanjawan ditiadakan maka adakah ia akan memberi impak negatif terhadap mana-mana sektor atau kategori yang tidak mendapat manfaat daripada belanjawan tersebut?

Jawapannya setiap kementerian dan sektor telah sedia diberikan sejumlah bantuan khusus dan ini boleh dimohon ataupun Perdana Menteri boleh meluluskannya kemudian tanpa melalui belanjawan, seperti pengeluaran KWSP dan moratorium automatik selama enam bulan yang dilakukan sebelum ini. 

Apa yang penting, pihak yang berkaitan jangan hanya berpeluk tubuh selepas belanjawan selesai dibentangkan kerana perjuangan demi negara dan rakyat wajar diteruskan  tidak kira sebelum atau selepas belanjawan.

Tidak kita sama ada ahli politik, Ahli Parlimen dan ADUN, NGO, tokoh masyarakat, ketua komuniti, persatuan mahasiswa dan pendidik, ‘influencer‘ media sosial, termasuklah rakyat, semua mempunyai peranan masing-masing bagi proses “semak dan seimbang”.

Justeru belanjawan tidak sempurna bukanlah tanda dunia sudah berakhir. Gunakan kapasiti masing-masing untuk berjuang.

Jangan lupa, kita jaga kita. 

Oleh Mohd Faisal Ramli

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts