BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) GANTI BSH, BANTUAN SEHINGGA RM1,800

36.9k
SHARES
217.1k
VIEWS

Kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion di bawah program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dijangka memanfaatkan 8.1 juta rakyat di seluruh negara berbanding peruntukan RM5 bilion bagi 4.3 juta penerima sebelum ini di bawah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Kadar bantuan dan kategori pendapatan yang layak menerima adalah seperti berikut;

Pertama: Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM800, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

Ketiga: isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 ringgit akan menerima RM500 bagi yang mempunyai seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.

Keempat: Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula akan menerima bantuan RM350.

Had umur kelayakan individu bujang pula diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini iaitu 40 tahun. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts