DAP PERTIKAI KENAPA SEKOLAH VERNAKULAR TIDAK DAPAT PERUNTUKAN

1k
SHARES
6.1k
VIEWS

Seperti biasa Ahli Parlimen DAP suka mencipta polemik dan terkini dengan membangkitkan isu pembentangan Belanjawan 2021 yang menurut mereka meminggirkan sekolah vernakular.

Setakat ini sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen dan satu ADUN DAP mengecam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak memperuntukkan dana untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam belanjawan yang dibentangkan. 

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, semasa era Pakatan Harapan, Sekolah Menengah Persendirian Cina diperuntukkan RM12 juta pada tahun 2019 dan dana tersebut meningkat kepada RM15 juta di bawah Belanjawan 2020. 

Selain beliau, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching juga menyatakan kekecewaannya terhadap perkara tersebut manakala Exco Kerajaan Negeri Selangor, V Ganabatirau meminta kerajaan supaya mempertimbangkan semula peruntukan khas kepada sekolah vernakular.

Mungkin DAP tidak sedar walaupun kerajaan tidak menetapkan sebarang peruntukan bagi sekolah persendirian melalui belanjawan, namun kerajaan tetap menyalurkan bantuan beratus juta sejak sekian lama tanpa melalui pembentangan bajet sekalipun.

Rujuk artikel “Kerajaan salur RM565 juta kepada sekolah Cina sejak 2009: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/27/kerajaan-salur-rm565-juta-kepada-sekolah-cina-sejak-2009/

Jika DAP masih ingin berjuang untuk ‘kesamarataan’ kononnya, apa kata semua sekolah vernakular diserapkan ke dalam sistem sekolah satu aliran sama seperti negara jiran Singapura, maka semua pihak akan berpuas hati kerana peruntukan sama rata akan diterima. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts