JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) DIWUJUDKAN KEMBALI

6.9k
SHARES
40.7k
VIEWS

Kerajaan mewujudkan kembali Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan peruntukan RM85.5 juta di bawah Belanjawan 2021.

Menurut anggaran perbelanjaan persekutuan, terdapat dua peruntukan untuk unit itu di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.

Jumlah tersebut merupakan peningkatan mendadak daripada RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini di bawah Belanjawan 2018.

Sebelum ini JASA diterajui oleh Ketua Pengarah Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan kini merupakan Anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Sebagai rekod, pada Julai lepas, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata tujuan jabatan tersebut dihidupkan kembali bagi membantu bekas kakitangan badan kerajaan terbabit yang ditamatkan perkhidmatan sebaik sahaja Pakatan Harapan memerintah. 

Bagi tujuan itu, kita sudah melantik Timbalan Ketua Pengarah, selain membuka permohonan dan melakukan proses temu duga bagi mengambil mereka bekerja semula.”

Ada juga usaha supaya bekas kakitangan Biro Tata Negara dan Seranta FELDA boleh sama memohon.”

Diharapkan selepas ini fungsi jabatan ini dapat dipulihkan dan ditambah baik sesuai dengan peredaran dunia yang semakin mencabar. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts