IBRAHIM ALI BIDAS KENAIKAN GAJI WAKIL RAKYAT KELANTAN

681
SHARES
4k
VIEWS

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali membidas cadangan kerajaan negeri Kelantan yang akan menaikkan gaji wakil rakyatnya antara RM3,000 sehingga RM5,000.

Ini bermakna Menteri Besar dan Timbalannya serta para Excopun naik sama.”

Negeri lain pendapatan kerajaan tidak seteruk Kelantan. Mana semangat pengorbanan pemimpin yang menjaja Islam selama ini?” 

Menurut beliau rakyat sewajarnya bangkit dan menentang cadangan ini yang akan dikemukakan dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kerana defisit Belanjawan Kelantan sahaja melebihi RM66 juta tetapi gaji wakil rakyatnya pula dinaikkan. 

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah pula, kenaikan itu diperlukan bagi merapatkan jurang perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain.

Malah katanya, wakil rakyat di Kelantan diibaratkan seperti pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka.

Namun menurut Ibrahim lagi, rakyat Kelantan sudah cukup susah dengan pelbagai cukai yang ada sehingga menyebabkan ramai yang keluar berhijrah ke negeri lain, tetapi wakil rakyatnya pula diberi kenaikan gaji. 

30 tahun rakyat Kelantan kais pagi makan petang. Cukai tanah, cukai pintu dan berbagai cukai urusan tanah naik beratus peratus, bekalan air sentiasa putus dan kotor manakala pekerjaan untuk rakyat habuk tidak ada.”

Rakyat terus berhijrah keluar daripada Kelantan. Sebelum ini Menteri Besar dan Timbalannya serta Exco dapat Mercedes dan sekarang hendak naik gaji pula.”

Selaku anak jati Kelantan, Ibrahim mengharapkan semoga rakyat Kelantan bangkit dan jangan tertipu lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts