KAJI ASPEK PERUNDANGAN UNTUK TANGGUH PRK BATU SAPI – MUHYIDDIN

358
SHARES
2.1k
VIEWS

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan supaya beberapa aspek perundangan dikaji bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi di Sabah ditangguhkan sehingga pandemik Covid-19 berakhir.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara meneliti perkara tersebut ketika Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), di mana prosedur operasi standard (SOP) PRK Batu Sapi turut dibentangkan. 

Beliau turut menyifatkan ancaman pandemik Covid-19 di negara ini masih lagi berada di tahap yang membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Cara lain yang lebih mudah dan sepatutnya boleh diambil iaitu jika semua parti tidak kira kerajaan ataupun pembangkang bersatu hati tidak bertanding dan memberi laluan untuk Warisan mengekalkan kerusi di Batu Sapi. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts