PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP: WAJAR BERI PILIHAN KEPADA PENCARUM

2.8k
SHARES
16.7k
VIEWS

Cadangan bagi mengeluarkan wang caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) galak diperkatakan ketika ini apatah lagi ramai rakyat terkesan melalui pandemik Covid-19, ada yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan serta meningkatnya masalah pengangguran.

Dalam situasi mendesak sebegini, jika kerajaan tidak mahu membenarkan pengeluaran tersebut, seperti kenyataan Perdana Menteri sebelum ini iaitu “kerajaan sukar benarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP” – maka kerajaan perlu memikirkan satu inisiatif khas bagi membantu rakyat yang terhimpit terutamanya di kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat atau Diperketatkan.

Melalui inisiatif ini, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan, tetapi jika kerajaan membenarkan pengeluaran ketika keadaan mendesak seperti ini, setidak-tidaknya ia akan membantu meringankan beban rakyat tanpa kerajaan perlu mengeluarkan dana bantuan tambahan – termasuk “cadangan meminjam” oleh Lim Guan Eng yang langsung tidak masuk akal.

Kemudian apabila negara sudah memasuki fasa pemulihan pasca pandemik Covid-19, kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan pelbagai agensi dan jabatan boleh memikirkan bentuk bantuan yang sesuai dengan keadaan yang telah pulih ketika itu. 

Walaupun menurut Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias pula, 71 peratus daripada ahli aktif dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka namun pilihan wajar diberikan mengikut jumlah simpanan secara bertahap.

Contohnya jika pencarum mempunyai jumlah simpanan di Akaun 1 kurang daripada RM100 ribu maka benarkan pengeluaran maksima sehingga 5 peratus sahaja atau maksima pengeluaran antara RM2,500 sehingga RM5,000 mengikut jumlah simpanan masing-masing.

Bagi yang mempunyai simpanan RM100 ribu dan ke atas maka benarkan pengeluaran sebanyak 10 peratus atau maksima sehingga RM10,000 walau simpanannya melebihi RM1 juta sekalipun.

Tahap-tahap atau ‘tier‘ tertentu ini boleh dikaji dan ditentukan oleh kerajaan, namun berikan pilihan untuk keluarkan wang simpanan KWSP di tangan pencarum itu sendiri.

Jika tidak secara ‘one off‘ sekalipun, jumlah tersebut boleh ditetapkan oleh pencarum secara tiga atau enam bulan, mengikut kesesuaian dan situasi mendesak masing-masing.

Cadangan ini wajar dipertimbangkan oleh KWSP dan kerajaan apatah lagi cadangan untuk moratorium dilanjutkanpun tidak diendahkan. 

Sekurang-kurangnya dengan cara ini rakyat mampu menarik nafas lega buat seketika.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts