ELAK PRK BATU SAPI DAN PRN SARAWAK: BENARKAH TIADA PILIHAN LAIN SELAIN DARURAT?

449
SHARES
2.6k
VIEWS

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menangguhkan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan PRN kerana ia kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan, melainkan diisytihar darurat di tempat dan negeri tersebut. 

Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, bolehlah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihan raya ini sehingga Covid-19 berakhir.” 

Persoalannya benarkah PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak tidak dapat dielak kecuali melalui darurat? 

Benarkah tiada pilihan lain yang lebih baik dan mudah berbanding darurat? Jika ada, adakah Muhyiddin berbohong, menyembunyikan maklumat yang sebenar ataupun seperti biasa ‘penasihat’ di sekeliling beliau memberi maklumat salah kepadanya?

Apapun alasannya ia tetap membuatkan Muhyiddin terlihat mementingkan partinya sendiri dan masih tidak berhenti berpolitiking, walaupun Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menasihati semua pihak agar berhenti politiking dan mengutamakan rakyat.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi

Hakikatnya PRK Batu Sapi boleh dielakkan dengan mudah dan tidak sepatutnya dijadikan isu oleh Muhyiddin untuk mengaitkannya dengan darurat.

Ini kerana Barisan Nasional dan PBS lebih awal menunjukkan cara PRK dapat dielakkan – iaitu setiap parti membuat pengumuman tidak akan bertanding di Batu Sapi, semata-mata demi mengutamakan keselamatan rakyat.

Malah perkara ini telah diumumkan lama sebelum titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan agar semua pihak berhenti berpolitiking. 

Selain itu Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) juga mengumumkan tidak akan bertanding. 

Kini semua pihak menanti Perdana Menteri untuk mengumumkan partinya  sendiri dan Perikatan Nasional tidak akan bertanding seperti parti-parti lain – utamakanlah rakyat berbanding kerusi. 

Ini cara mudah mengelakkan PRK di Batu Sapi sekaligus tidak memerlukan darurat seperti kenyataan Muhyiddin. 

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 

PRN Sarawak perlu diadakan pada bulan Ogos 2021, iaitu sekitar 10 bulan dari sekarang. Justeru agak kurang cerdik jika Muhyiddin mahu mengatakan tiada cara lain boleh dilakukan selain diisytihar darurat di Sarawak. 

Tidak mungkin dalam tempoh 10 bulan kerajaan masih tidak berupaya mengekang ancaman pandemik Covid-19 seperti yang diyakini sepenuhnya oleh YDP Agong, sebelum memberi laluan kepada PRN Sarawak.

Selain itu menteri juga telah mengumumkan bahawa “Malaysia bakal peroleh bekalan vaksin Covid-19 seawal tahun hadapan”. Rujuk; https://editormalaysia.com/17966/

Tetapi jika sememangnya Muhyiddin sendiri tidak yakin beliau mampu mengetuai negara menangani Covid-19 dalam tempoh 10 bulan ketika bekalan vaksin juga sudah tersedia, maka lebih baik beliau mengadap YDP Agong untuk meletakkan jawatan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts