PRK BATU SAPI DAN PRN SARAWAK TIDAK DAPAT DIELAKKAN KECUALI DIISYTIHAR DARURAT – MUHYIDDIN

407
SHARES
2.4k
VIEWS

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak boleh dielakkan kecuali darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana menurut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen.

Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihanraya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN),” – yang dinyatakan dalam perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19, hari ini.

Beliau menambah, ia tidak dapat dielak kerana PRK Batu Sapi telah ditetapkan pada 5 Disember depan dan PRN Sarawak pula berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa.

Muhyiddin berkata, bagaimanapun tiada apa yang boleh dilakukan untuk menangguhkan PRK dan PRN itu berikutan ia kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, bolehlah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihan raya ini sehingga Covid-19 berakhir.” 

Tetapi, jika pilihan raya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada kepada penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hatilah, jagalah diri dan patuhi SOP (prosedur operasi standard) dengan penuh berdisiplin apabila pilihan raya diadakan,” tambah Muhyiddin lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts