ANTARA KERAJAAN MINORITI DAN “CONFIDENCE AND SUPPLY AGREEMENT”

396
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek

Minggu depan dua istilah akan jadi buah mulut.

Pertama, KERAJAAN MINORITI, kedua, “CONFIDENCE AND SUPPLY AGREEMENT/BILL“. 

Baru-baru ini kerajaan cuba gantung Parlimen menerusi darurat. Semua tahu sebab utama takut tidak dapat majoriti luluskan bajet. Darurat ditolak.

Kerajaan yang tidak ada sokongan majoriti dipanggil kerajaan minoriti. Pernah berlaku di UK, Australia dan India.

Tanpa majoriti, Ahli Parlimen pembangkang akan buat pelbagai tuntutan sebagai syarat sokongan mereka kepada bajet. Termasuk peruntukan khas untuk kegiatan mereka dan lain-lain yang mereka mahu diberi keutamaan.

Kerajaan kena berunding dan buat perjanjian khas dengan mereka. Ini dipanggil “Confidence and Supply Agreement“. Beri perbekalan untuk dapatkan sokongan.

Kita memasuki era baru dalam pemerintahan kita. Yang hendak memerintah kena pandai dan bijaksana. Tidak kena gaya peruntukan kepada pembangkang boleh menikam diri.

Pembangkangpun kena bijaksana. Masa ini tuntutlah macam-macam. Salah tuntut rakyatpun tidak suka juga.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3309580475830963&id=354851164637257

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts