JIKA TIDAK MEMBELI, TIDAK PERLU BAYAR SST

345
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun diasak oleh wartawan mengenai perbezaaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), beliau tetap mampu menjawabnya dengan tenang seperti biasa.

Beliau  yang telah berumur 93 tahun namun masih terserlah karisma seorang pemimpin di mana Tun Mahathir mendengar sebarang soalan dengan berhati-hati sebelum menjawabnya.

Tiada istilah spontan, tiada istilah tidak bersedia.

Soalan wartawan mengenai perlaksanaan SST dijawabnya dengan bersahaja namun berwibawa:

“As far as i know 10%, 10% if you purchase, if you don’t purchase you don’t pay (Sepanjang pengetahuan saya ia adalah 10 peratus, 10 peratus (SST) jika anda membeli, jika tidak membeli anda tidak perlu membayarnya (SST).”

Justeru rakyat tidak perlu risau kerana impak SST terhadap rakyat hanyalah apabila pembelian sesuatu barangan dibuat atau menggunakan perkhidmatan yang dikenakan SST.

Jika rakyat tidak membeli tentulah mereka tidak akan terbeban dengan SST.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts