MAHATHIR BERTEMU KU LI, MAT SABU, ZULKIFLI AL-BAKRY BINCANG KERAJAAN PERPADUAN?

3.6k
SHARES
21.3k
VIEWS

Laman Facebook Kelab Che Det memaparkan tiga gambar individu berlainan yang dikaitkan dengan perbincangan di rumah Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Rujuk; https://www.facebook.com/165613420193002/posts/3699650353455940/

Gambar pertama bertarikh 26 Oktober melibatkan Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. 

Gambar kedua pula melibatkan Menteri Agama Senator Datuk Seri Zulkifli Al-Bakry bertemu Tun Mahathir yang bertarikh 27 Oktober. 

Gambar ketiga yang bertarikh 28 Oktober pula menunjukkan kelibat Mat Sabu di luar rumah Tun Mahathir, juga dikatakan melibatkan perbincangan yang sama. 

Ketika negara diuji, Kerajaan Perpaduan adalah formula terbaik. Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan Negara sahaja yang diutamakan. Ini juga menyambut baik saranan YDP Agong supaya berhenti berpolitik.” 

Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum, malah boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan akibat pandemik Covid-19, pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu.”

Justeru rakyat ternanti-nanti apa perkembangan selanjutnya sama ada benar ia berkaitan Kerajaan Perpaduan  ataupun tidak.

Apatah lagi Sidang Parlimen akan dilangsungkan pada 2 November dan Pembentangan Belanjawan 2021 pula akan diadakan pada 6 November depan yang hanya berbaki beberapa hari lagi, yang pasti akan menghangatkan suasana.

Dua tarikh penting ini amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak di sebalik nasihat Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong agar semua ahli politik berhenti ‘politicking‘ dan menumpukan kepada usaha mengekang pandemik Covid-19, untuk melihat sama ada akan dipatuhi ataupun amalan ‘politicking‘ tersebut tetap diteruskan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts