REAKSI PUTRA MENGENAI PENDAFTARAN PEJUANG

587
SHARES
3.5k
VIEWS

Kenyataan Media Setiausaha Agung PUTRA

1. Parti PUTRA telah mengemukakan permohonan pada pada tarikh 13 Ogos 2018.

2. Setelah tidak menerima jawapan daripada ROS sekitar 6 bulan, pihak Penaja PUTRA memfailkan semakan kehakiman dan semasa kes pengurusan, mahkamah telah menetapkan perbicaraan pada 9 Mei 2019. Tetapi pada 8 Mei 2019, parti Putra menerima Sijil Kelulusan ROS. Maka pembicaraan tidak diteruskan.

3. Parti PUTRA menunggu hampir 9 bulan baru mendapat kelulusan ROS di bawah kerajaan PH.

4. Manakala parti Pejuang baru mengemukakan permohonan sekitar 2 bulan sahaja. Maka kenalah bersabar sedikit. Tidak ada mana-mana pihak wajar menerima layanan istimewa. Ikutlah proses SOP ROS.

5. Parti PUTRA yakin parti Pejuang akan mendapat kelulusan ROS tetapi perlulah bersabar. Penaja PUTRA sentiasa bersikap istiqamah dan tenang walaupun dituduh bahawa penubuhan PUTRA memecah belahkan Melayu. Pimpinan PUTRA sentiasa konsisten dengan apa jua pandangan dan sikap serta tidak menjadi seperti “kata dulang paku serpih”.

Semoga pertambahan parti-parti politik Melayu akan meraikan lagi perjuangan politik orang Melayu.

Terima kasih.

Borhan Zakaria

Setiausaha Agung Parti PUTRA

29 Oktober 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts