CADANGAN TOK MAT BERDASARKAN TINJAUAN EKONOMI 2020-2021 MIER

527
SHARES
3.1k
VIEWS

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tinjauan Ekonomi 2020-2021 MIER

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dalam laporan terbarunya telah menurunkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar tahun 2020 kepada -5.5 peratus.

Penurunan unjuran ini adalah berdasarkan kepada penurunan besar kadar pertumbuhan ekonomi dalam suku kedua pada -17.1 peratus, lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan kembali perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) serta tiadanya langkah-langkah mitigasi tambahan kerajaan pada suku sebelumnya, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Rentetan dari itu, saya berharap Kerajaan akan mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan kepada golongan B40 dan M40 yang semakin terbeban, terutamanya di kawasan PKPD dan PKPB. Pakej rangsangan ekonomi negara sebelum ini terbukti berjaya meringankan beban rakyat dan menjamin aliran tunai perniagaan, namun telah berakhir pada masa yang genting ini.

Inisiatif Program PENJANA juga perlu dilanjutkan terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) demi mengekalkan pekerja dan mengelakkan peningkatan kadar pengangguran.

KEDUA, gelombang ketiga Covid-19 kini dijangkakan akan melambatkan pemulihan ekonomi negara hingga ke suku pertama 2021. Justeru, saya berharap Kerajaan Malaysia akan meningkatkan usaha memulihkan ekonomi dengan hala tuju ekonomi yang jelas dan dinamik.

Kita tidak boleh melengahkan masa dengan persoalan pertumbuhan ekonomi. Vietnam dijangka akan memintas negara Malaysia pada tahun 2020 untuk menjadi ekonomi ke-4 terbesar di Asia Tenggara, di samping menjadi antara negara yang terbaik di rantau ini untuk pelaburan.

Usaha mesti digiatkan untuk mempercepatkan “economic recovery and reseting” dengan membenarkan demokrasi berfungsi, pelaburan terpilih diberikan insentif khas, sempadan dibuka dengan protokol kesihatan yang ketat dan syarat melakukan perniagaan di permudahkan lagi.

KETIGA, keyakinan perniagaan dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan bergantung besar kepada konsistensi dan kejelasan polisi sedia ada. Setiap polisi dan dasar kerajaan dalam memerangi pandemik ini perlu wajar, berasaskan bukti saintifik, mengambil kira kepentingan awam dan tidak mengelirukan.

Maka, saya berharap Kerajaan Malaysia mempertimbangkan pembentukan sistem amaran berperingkat yang lengkap dan konsisten sebagai pengganti pengumuman pengubahsuaian SOP pada saat terakhir.

Sistem amaran berperingkat seperti yang dijalankan di beberapa negara lain akan memaparkan perbezaan tahap kecemasan dalam krisis Covid-19 berasaskan nombor pembiakan virus dan jumlah kes yang disahkan.

Setiap peringkat amaran ini mempunyai protokol dan sekatan yang tetap dan tidak akan diubahsuai sewenang-wenangnya, terutamanya dari segi SOP di tempat kerja. Protokol yang ditetapkan juga mestilah melalui proses rundingan dengan pihak berkepentingan dengan mengambil kira keseimbangan antara kelestarian perniagaan dan kesihatan pekerja.

Saya mengulangi pendirian saya bahawa pandemik ini hanya akan dapat diatasi dengan pendekatan saintifik, pemulihan ekonomi dan kepatuhan kepada perlembagaan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts