MUHYIDDIN TAWAR TIMBALAN PERDANA MENTERI KEPADA UMNO – ISHAM JALIL

1.6k
SHARES
9.5k
VIEWS

Semalam ura-ura mengatakan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO, namun tawaran ini bersyarat iaitu Muhyiddin tidak mahu menerima Presiden UMNO Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Jika ini benar, maka pada permukaannya tawaran ini nampak elok namun ia perlu diperhalusi dengan lebih mendalam dan bukan dengan tergesa-gesa.

Tawaran bersyarat seperti ini akan mengundang beberapa implikasi kepada UMNO dan Barisan Nasional.

UMNO perlu menimbang implikasi-implikasi ini.

Antara implikasi-implikasinya ialah:

PERTAMA, perbalahan dalaman UMNO yang membawa kepada perpecahan apabila Presiden diketepikan secara paksa oleh pihak luar daripada parti terutama oleh parti PPBM.

KEDUA, ialah pengukuhan kedudukan Muhyiddin dan PPBM dalam kerajaan dengan sokongan UMNO.

KETIGA, ialah implikasi kedudukan UMNO dan BN dalam Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum  (PRU) ke-15 akan datang.

……..

Pada hemat saya, adalah lebih baik jika tawaran-tawaran daripada Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM kepada UMNO ini datang dengan tidak bersyarat.

Barulah ia nampak lebih ikhlas dan dengan ini memberi ruang kepada UMNO di semua peringkat daripada akar umbi ke kepimpinan tertinggi untuk mempertimbangkannya dan membuat keputusan dengan lebih bebas untuk mencapai konsensus walau apa jua keputusannya.

Salam.

ISHAM JALIL

28 Oktober 2020

Marhaen UMNO

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/843131489775710/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts