• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, January 27, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

MPPK MOHON KPT PERTIMBANGKAN INISIATIF TERTENTU BAGI PELAJAR IPT

Terutamanya inisiatif pelan data dan peranti bagi pelajar yang memerlukan

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
October 27, 2020
in Pendidikan, Utama
0
MPPK MOHON KPT PERTIMBANGKAN INISIATIF TERTENTU BAGI PELAJAR IPT
50
SHARES
556
VIEWS

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) melihat situasi pandemik COVID-19 yang masih tidak mempunyai tanda-tanda akan pulih sepenuhnya dalam tempoh masa yang singkat sebagai satu perkara yang amat membimbangkan.

Hal ini demikian kerana selagi pandemik ini tidak berakhir, mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia masih perlu menjalankan sesi pembelajaran secara atas talian. Sesi pembelajaran secara bersemuka masih tidak dapat dijalankan sehingga hari ini dan hal ini menyebabkan suasana pembelajaran menjadi kurang kondusif kerana pelbagai masalah yang kebiasaannya berlaku kerana pembelajaran secara atas talian.

MPPK telah menerima laporan daripada IPT seluruh negara mengenai masalah yang dihadapi oleh mahasiswa di IPT mereka. Ada sesetengah IPT yang mahasiswa mereka mempunyai masalah kewangan untuk sekurang-kurangnya melanggan internet kerana harganya yang tidak berpatutan serta penggunaan data internet yang tinggi apabila memulakan kuliah video.

Mereka perlu melanggan pelan internet kerana masih berada di rumah dan tidak dapat menggunakan kemudahan internet di kampus kerana ada antara mereka yang masih tidak dibenarkan pulang ke kampus.

MPPK juga turut menerima laporan mengenai sesetengah mahasiswa yang masih tidak mempunyai peranti penting seperti komputer riba untuk digunakan dalam sesi pembelajaran secara atas talian terutamanya mahasiswa B40.

Kebanyakan mahasiswa ini adalah mereka yang baru mendaftar masuk ke IPT apabila pendaftaran mula dibuka pada awal Oktober. Ada juga sebahagian mahasiswa yang menggunakan komputer riba yang lama dan kurang sesuai dengan perisian dan teknologi terkini.

Oleh yang demikian, MPPK memohon agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) boleh membantu dalam menyelesaikan masalah ini. MPPK memohon dan berharap agar KPT dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan inisiatif yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini.

Hal ini kerana, pandemik COVID-19 ini sememangnya memberi kesan besar kepada mahasiswa, khususnya mereka yang datang daripada golongan isi rumah yang berpendapatan rendah atau mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik ini.

MPPK percaya sekiranya inisiatif ini dapat diwujudkan oleh KPT, ia dapat memberi manfaat kepada ramai mahasiswa di IPT yang turut terkesan kerana pandemik ini.

Sekian, terima kasih.

“Memartabat Mahasiswa Malaysia“

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri 

Presiden, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan 

Tags: CoronavirusIPTAMPPKMuhammad Amir Asyraf
Previous Post

ULASAN UNDANG-UNDANG APEK CINA MENGENAI KES SRC NAJIB

Next Post

MUHYIDDIN TAWAR TIMBALAN PERDANA MENTERI KEPADA UMNO – ISHAM JALIL

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

MPPK HARGAI SESI LIBAT URUS MENTERI KPT BERSAMA PIMPINAN PELAJAR

MPPK HARGAI SESI LIBAT URUS MENTERI KPT BERSAMA PIMPINAN PELAJAR

January 25, 2021
TIDAK WAJAR DARURAT 2021 HANYA DIHADKAN UNTUK COVID-19 SAHAJA

TIDAK WAJAR DARURAT 2021 HANYA DIHADKAN UNTUK COVID-19 SAHAJA

January 24, 2021
DARURAT COVID-19: BERAPA LAMA LAGI?

DARURAT COVID-19: BERAPA LAMA LAGI?

January 23, 2021
UMNO SOKONG USAHA BASMI COVID-19, USAHA PULIHKAN DEMOKRASI DAN FUNGSI PERLEMBAGAAN

UMNO SOKONG USAHA BASMI COVID-19, USAHA PULIHKAN DEMOKRASI DAN FUNGSI PERLEMBAGAAN

January 17, 2021
AGONG PERKENAN DARURAT, BENDUNG PANDEMIK COVID-19

AGONG PERKENAN DARURAT, BENDUNG PANDEMIK COVID-19

January 12, 2021
NAJIB CADANG TANGGUH SESI PERSEKOLAHAN SEHINGGA SELEPAS TAHUN BARU CINA

NAJIB CADANG TANGGUH SESI PERSEKOLAHAN SEHINGGA SELEPAS TAHUN BARU CINA

January 9, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In