UMNO LEMAH APABILA KEMBALI KE PERIKATAN NASIONAL – PENGANALISIS

494
SHARES
2.9k
VIEWS

Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya memberi pandangan bahawa UMNO akan lemah apabila kembali kepada Perikatan Nasional.

Ini kerana UMNO akan kehilangan banyak kerusi sekiranya tetap bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang. 

Beliau berkata peluang UMNO kembali mendominasi politik Malaysia akan berakhir serta akan kehilangan sokongan rakyat.

Selain itu, akar umbi yang mahu melihat UMNO lebih lantang dan bertindak tegas akan kecewa kerana melihat kepimpinan UMNO sebagai lemah. 

Menurut Awang, UMNO juga dilihat sebagai sebahagian daripada kerajaan yang menyokong cadangan darurat, yang tidak dipersetujui oleh rakyat serta ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. 

Walaupun tindakan UMNO itu berkemungkinan mampu mengukuhkan parti tersebut tetapi ia berdasarkan sama ada tuntutan UMNO akan dipenuhi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun tidak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts