• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Monday, March 1, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PELUANG UMNO DAN PAS DESAK KERAJAAN ‘UNDO’ SALAH LAKU YANG PAKATAN HARAPAN LAKUKAN

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
October 27, 2020
in Semasa, Utama
0
PELUANG UMNO DAN PAS DESAK KERAJAAN ‘UNDO’ SALAH LAKU YANG PAKATAN HARAPAN LAKUKAN
201
SHARES
2.2k
VIEWS

Keputusan terkini yang dicapai melalui Mesyuarat MT UMNO antaranya ialah “No Anwar, no DAP“, jelas menunjukkan konsistensi parti Melayu Islam tertua tersebut dalam mengimbangi politik negara yang dilanda kemelut ketika ini.

Kemelut berlaku apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipercayai sudah kehilangan sokongan majoriti, mencari jalan keluar dengan mencadangkan darurat untuk mengekalkan diri berkuasa, namun kemudiannya ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. 

Melalui perkembangan terkini ini, Ia juga membuka peluang buat UMNO dan PAS untuk mengukuhkan kerjasama yang telah setahun termeterai agar menjadi pakatan terbesar di negara ini dan dapat menjadi ‘suara’ bagi rakyat berbilang kaum seluruhnya. 

UMNO dan PAS juga wajar bertegas dan mencari jalan ‘menang-menang’ agar semua pihak dalam kerajaan dapat menumpukan usaha mengekang pandemik Covid-19 dengan lebih baik, berusaha agar kehidupan rakyat terjejas dapat dibela sebaik mungkin serta memulihkan ekonomi dengan kadar segera. 

Selain itu, amat penting sekiranya UMNO dan PAS dapat mendesak Bersatu yang selama ini dilihat bukan sahaja ‘membuli’ rakan sekutunya yang lain dan cuba ‘menamatkan riwayat’ UMNO tetapi apa yang lebih memalukan, mereka tidakpun berusaha untuk ‘undo‘ pelbagai salah laku Pakatan Harapan.

Setidak-tidaknya UMNO dan PAS mendesak kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan segera isu Tabung Haji, kes pembunuhan arwah Adib dan memecat lantikan Pakatan Harapan yang masih bermaharajalela di pelbagai GLC dan kementerian dengan kadar segera. 

Jika tidak, rakyat akan melihat tiada bezanya antara kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan ketika ini yang memerintah, termasuklah UMNO dan PAS yang turut akan terpalit sama.

Ini akan menjadi bahan utama pihak pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak, seperti mana mereka menggunakan ‘dalil Syiah’ sebelum ini iaitu “pemimpin kafir yang adil lebih baik daripada pemimpin Islam yang zalim” – dengan membandingkan apa yang kerajaan lakukan ketika ini tidak lebih baikpun daripada apa yang telah mereka lakukan ketika memerintah.

Justeru UMNO dan PAS wajar memainkan peranan penting walaupun dalam suasana pandemik ketika ini, isu-isu penting yang berlaku di zaman Pakatan Harapan wajar diselesaikan.

Jangan pandemik dijadikan alasan, kelak menyesal apabila kealpaan sendiri dijadikan ‘peluru’ oleh Pakatan Harapan, yang menyebabkan rakyat termakan umpan. 

Tags: BersatuPerikatan NasionalUMNO-PAS
Previous Post

8 INTI PATI KENYATAAN MEDIA UMNO

Next Post

UMNO PERLU BERSIKAP LEBIH TERBUKA DAN BELAJAR DARI KESILAPAN

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

PUNCA DUA AHLI PARLIMEN PKR MELOMPAT PARTI

PUNCA DUA AHLI PARLIMEN PKR MELOMPAT PARTI

February 28, 2021
KENYATAAN WAN FAYHSAL DISINDIR SHABERY CHEEK, BUKTI BERSATU KETANDUSAN PEMIMPIN BERKUALITI

KENYATAAN WAN FAYHSAL DISINDIR SHABERY CHEEK, BUKTI BERSATU KETANDUSAN PEMIMPIN BERKUALITI

February 24, 2021
UMNO KONSISTEN TOLAK JAWATAN TPM DAN KERJASAMA DENGAN BERSATU

UMNO KONSISTEN TOLAK JAWATAN TPM DAN KERJASAMA DENGAN BERSATU

February 21, 2021
UMNO DITAWAR JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI?

UMNO DITAWAR JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI?

February 19, 2021
ADAKAH PUTRA, IKATAN DAN BERJASA MASIH BELUM CUKUP SEMPURNA MELAYU-ISLAM?

ADAKAH PUTRA, IKATAN DAN BERJASA MASIH BELUM CUKUP SEMPURNA MELAYU-ISLAM?

February 14, 2021
JANGAN GANGGU KEBEBASAN MEDIA – ISHAM JALIL

JANGAN GANGGU KEBEBASAN MEDIA – ISHAM JALIL

February 10, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In