MENTERI BERKUMPUL DI RUMAH MUHYIDDIN, TIADA YANG MELETAKKAN JAWATAN

1.1k
SHARES
6.4k
VIEWS

Ramai Menteri Kabinet dilihat berkumpul di rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan keputusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang tidak memperkenan cadangan mereka untuk darurat dan menggantung Parlimen. 

Para menteri dilihat mula berkumpul sebelum pengumuman pihak Istana dan perbincangan tersebut berlanjutan sehingga ke tengah malam dan mula beredar sekitar jam 10.45 malam. 

Keesokan harinya pula (Isnin) akan diadakan Mesyuarat Kabinet Khas bagi membincangkan secara rasmi dan pihak kerajaan akan mengeluarkan kenyataan berkaitan. 

Antara Menteri Kabinet yang dilihat berada di rumah Perdana Menteri ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Datuk Seri Wee Ka Siong, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Rina Harun, Datuk Seri M. Saravanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Noraini Ahmad dan Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Ada dalam kalangan mereka yang tidak dikenali kerana menggunakan kereta bercermin gelap yang menyukarkan pihak wartawan mengecam siapa menteri tersebut. 

Mengikut sumber, setakat ini tiada menteri yang meletakkan jawatan. – The Star

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts