CADANGAN DARURAT TIDAK DIPERKENAN, AHLI POLITIK DIMINTA HENTI ‘POLITICKING’

363
SHARES
2.1k
VIEWS

Cadangan darurat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak diterima oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu yang berunding petang tadi bagi meneliti perkara tersebut.

Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia“. 

Kenyataan rasmi Istana Negara tersebut diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dan diharapkan melalui kenyataan ini mana-mana pihak yang berpandangan perlu diadakan darurat dapat berlapang dada dan menjunjung tinggi keputusan oleh YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut.

Terutamanya Muhyiddin, para Menteri kabinet dan pasukan pegawai-pegawainya yang menasihatkan beliau dan mencadangkan agar melibatkan pihak istana dan YDP Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu untuk mengisytiharkan darurat.

Semoga dengan kenyataan ini mereka dapat menerima keputusan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut dengan hati yang terbuka dan ‘move forward‘ untuk mentadbir negara dengan lebih baik dan hentikan berpolitik untuk mengekalkan kuasa.

Al-Sultan Abdullah turut menegaskan peri pentingnya peruntukan kewangan terutamanya bagi barisan hadapan yang turut akan dibentangkan melalui Belanjawan Negara 2021 kelak dalam menangani wabak Covid-19 dan seterusnya membantu memulihkan ekonomi negara.

Baginda turut menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang pernah dipamerkan bersama, negara mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penularan pandemik ini.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru semua pihak di negara ini bersatu padu dan bersatu hati bagi memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak ini demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang dicintai bersama.

Bagi mengakhiri kenyataan, baginda mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda memanjatkan doa agar wabak Covid-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts