KEPUTUSAN: DONG ZONG DIHARAMKAN ATAU TIDAK?

379
SHARES
2.2k
VIEWS

Beberapa bulan yang lalu, kami bersama wakil-wakil NGO Islam dan Melayu telah membuat aduan beramai-ramai terhadap Dong Zong yang telah melanggar aturan-aturan persatuan mengikut prosedur undang-undang dalam usaha membatalkan pendaftaran Dong Zong sekaligus diharamkan.

Surat berikut merupakan maklum balas dari pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkenaan aduan beramai-ramai terhadap Dong Zong yang telah melanggar aturan-aturan persatuan.

Setelah berhempas pulas berusaha dan turun naik ke pejabat RoS bersama-sama peguam dalam hal ini, akhirnya usaha ini menemui penamatnya di mana ROS hanya mengeluarkan 𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 𝗔𝗠𝗔π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—§π—”π——π—•π—œπ—₯𝗔𝗑 kepada Dong Zong.

Antara aduan yang telah dibuat ialah seperti berikut.

1. Pertama, aduan telah dibuat berkenaan satu kongres yang dianjurkan Dong Zong, menentang pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kongres tersebut hampir mencetuskan ketegangan kaum yang dahsyat. Alhamdulillah, kongres yang dijadualkan pada 28 Disember tahun lalu itu berjaya dibatalkan oleh polis melalui perintah mahkamah apabila mendapat tentangan hebat daripada NGO Melayu Islam. Mereka juga cuba mengaitkan pengajaran tulisan Jawi ini dengan cubaan kononnya untuk menyebarkan ajaran Islam kepada murid-murid SJKC dan SJKT.

Maka, penentangan Dong Zong ini dianggap satu bentuk pelanggaran undang-undang yang sangat ketara kerana tulisan Jawi dilindungi oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

2. Kedua, Dong Zong dilihat konsisten menentang apa jua Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan kaum melalui sekolah satu aliran menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar sejak 60 tahun lalu.

Antara yang ditentang pertubuhan Cina itu ialah, Penyata Barnes 1951, Ordinan Pelajaran 1952, Kertas Putih Pelajaran 1954, Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, mengetuai gerakan Universiti Merdeka 1968 dan 1969, menentang arahan membatalkan UEC pada 1975, menuntut penubuhan Universiti Merdeka dari Yang di-Pertuan Agong pada 1978, dan mencabar tindakan Yang di-Pertuan Agong menolak penubuhan Universiti Merdeka di mahkamah pada 1980.

Pertubuhan itu juga turut menentang Dasar Kebudayaan Negara pada 1983, menentang Rancangan Sekolah Integrasi pada 1985, menentang lantikan guru tidak berbahasa Cina pada 1987, menghidupkan semangat Universiti Merdeka yang ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong dan mahkamah dengan menubuhkan New Era College di tapak yang dimaksudkan untuk penubuhan Universiti Merdeka pada 1998.

Maka, mereka melanggar peruntukan Seksyen 2A Akta Pertubuhan 1966.

Baca lanjut: https://malaysiagazette.com/2020/09/03/adu-salah-laku-dong-zong-pembela-dipanggil-ros/

Terima kasih kepada semua wakil NGO yang sama-sama berganding bahu dalam usaha ini, terutamanya NGO Armada Malaiu Malaysia yang telah mewakilkan peguam dari biro undang-undangnya.

Walaubagaimanapun, kami tidak akan berputus asa menjadi benteng kepada identiti nasional seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dipetik dari laman Facebook PEMBELA di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=198349808340044&id=103567671151592

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts