DARURAT: PENDIRIAN UMNO JOHOR

438
SHARES
2.6k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd. Zarkashi

Petang ini Majlis Raja-Raja Melayu akan bersidang. Rakyat menunggu, adakah YDP Agong akan memperkenankan permintaan Perdana Menteri supaya negara diisytihar ‘darurat’.

Perisytiharan Darurat diputuskan oleh Mesyuarat Khas Kabinet untuk memerangi Covid-19. Ia termaktub di bawah Artikel 150 Perlembagaan Negara.

Mesyuarat UMNO Johor semalam bersetuju Kerajaan Pusat hendaklah memberi penjelasan lanjut kenapa Artikel 150 dalam Perlembagaan Persekutuan mahu digunakan.

Di bawah Artikel 150, ‘darurat’ boleh diisytihar jika keselamatan, ketenteraman awam dan kehidupan ekonomi terancam. Iaitu berlaku kecemasan yang amat parah.

Adakah negara sudah sampai situasi parah itu. Kenapa mahu ‘menggantung Parlimen’? Bolehkah Covid-19 diperangi jika Perdana Menteri ada kuasa mutlak dan demokrasi dimatikan? 

Sebab itu pendirian UMNO Johor adalah wajar. Jangan nanti ada muslihat politik. Takut undi tidak percaya dan takut bajet tidak lulus.

Kecaman terhadap Muhyiddin memuncak. Gantung Parlimen tidak perlu letak jawatan Perdana Menteri. Tetapi gantung Parlimen umpama bubar Parlimen. Kalau begitu, baik letak jawatan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts