PENGIRAN MUDA ABDUL AZIM, ANAKANDA SULTAN BRUNEI MANGKAT

1.2k
SHARES
7.3k
VIEWS

Innalillahiwainnalillahirojiun.

Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hasanal Bolkiah atas kemangkatan Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Azim. 

Pengiran Muda Haji Abdul Azim, anakanda kedua kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mangkat hari ini dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja.

Berita duka kemangkatan putera berusia 38 tahun tersebut dilaporkan menerusi Radio Televisyen Brunei, pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan dimakamkan selepas waktu Asar.

Rakyat Brunei diperintahkan agar berkabung dan mengibarkan bendera setengah tiang selama tujuh hari mulai pada hari ini.

Punca kemangkatan putera kedua Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Hajah Maria itu masih belum diketahui.

Almarhum dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution serta Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.

… 

Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts