MALAYSIA BAKAL PEROLEH BEKALAN VAKSIN COVID-19 AWAL TAHUN HADAPAN

415
SHARES
2.4k
VIEWS

Alhamdulillah, Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin bagi pandemik Covid-19 bermula pada suku pertama tahun depan.

Berita baik tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama sebentar tadi.

Keutamaan vaksin tersebut akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen.

Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin Covid-19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat.

Selain itu, kerajaan turut akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung Covid-19 Kementerian Kewangan. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), semalam.

Sebagai rekod, JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin Covid-19 diperoleh segera di mana MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin Covid-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts