WIRA PUTRA SARAN LANTIK TOKOH BERINTEGRITI MEMIMPIN NEGARA JIKA BERLAKU DARURAT

386
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

23 OKTOBER 2020 | 6 Rabiulawwal 1442H

1. Pertemuan PM ke-8 dengan YDP Agong seperti dikhabarkan dan pengisytiharan darurat yang kemungkinan bakal diwartakan sudah menjadi bualan orang ramai dan mula menimbulkan persepsi yang pelbagai.

Namun begitu, Wira PUTRA kekal dengan pendirian sebelumnya untuk negara diisytihar darurat bagi menangani wabak COVID-19 dan menyelesaikan ketegangan politik yang tidak membawa keuntungan kepada negara.

2. Sehubungan itu Wira PUTRA mohon ampun perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara sudah pasti memandang keadaan ini dengan amat serius sebelum keadaan ekonomi negara dan kesejahteraan serta keselamatan rakyat menjadi lebih buruk.

3. Walaubagaimanapun Wira PUTRA menyarankan agar seorang calon tokoh yang berintegriti, berwibawa dan negarawan yang dihormati dan diterima oleh semua pihak dilantik bagi memimpin dan memperkasakan kembali ekonomi dan membawa kestabilan politik. Jika tidak, tindakan mengisytihar darurat atau apa jua nama seumpamanya dengan mengekalkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan mewujudkan perspektif buruk terhadap YDP Agong dan institusi DiRaja.

4. Pelaksanaan langkah darurat sewajarnya adalah sebagai satu langkah melakukan pembetulan dan penambahbaikan pada sektor ekonomi dan keselamatan negara, bukannya kerana motif kepentingan politik mana-mana pihak. Pengajaran yang baik perlu diteladani kepada generasi masa depan supaya kualiti pemimpin muda akan terus mencerminkan sikap ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menangani sebarang isu yang kritikal seperti yang berlaku pada masa ini.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts