MCA LUPA CERMIN DIRI?

506
SHARES
3k
VIEWS

Antara punca kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) semasa PRU-14 yang lalu adalah kerana kegagalan MCA dalam menarik sokongan dari kaum Cina yang berkesudahan hanya mampu memenangi 1 kerusi Parlimen atau ramai mengatakan kerusi kasihan kaum Cina daripada 39 kerusi yang dipertandingkan manakala di peringkat DUN pula hanya 2 kerusi berjaya diperolehi daripada jumlah 90 kerusi yang dipertandingkan.

2. Untuk ini, bukti jelas bahawa MCA terang-terangan sudahpun ditolak secara total oleh kaum Cina seharusnya bermuhasabah atau bahasa sindirnya ‘cermin diri’ dengan kegagalan parah tersebut yang sepatutnya mereka langsung tiada hak untuk menuntut serta mendesak apapun secara keterlaluan untuk mendapatkan kedudukan yang seolah-olah tidak sedar bahawa mereka merupakan ‘gerabak kosong’ keretapi yang berada di bahagian paling belakang sekali yang pada bila-bila masa boleh saja diputuskan daripada gerabak utama.

3. Dan inilah realiti yang MCA sepatutnya perlu mengambil tanggungjawab atas kegagalan mereka itu, bukannya terus-menerus menuntut seolah-olah mereka menang banyak. MCA harus lebih memfokuskan kepada pemulihan kepercayaan masyarakat Cina supaya tertambat dan kembali memberi kepercayaan itu kepada MCA bukannya dengan terlalu mendesak rakan dalam kompenen BN dengan tuntutan yang melampaui batas. Di mana semangat setia kawan MCA?

4. MCA guna alasan pula dengan kedudukan di PBT nanti mereka akan dapat membuatkan jentera parti itu bergerak cergas membantu kaum Cina, sekaligus dalam mengambalikan kepercayaan mereka. Persoalannya; apakah sebelum ini kaum Cina ditindas oleh kerajaan sehingga mereka perlu dibantu? Atau adakah kerajaan sekarang telah abaikan kebajikan kaum Cina? Walhal khabarnya batu sahaja mereka sudah mendapat kelulusan pengiktirafan UEC?

5. Justeru, amat tidak munasabah apabila MCA menggunakan alasan kononnya mereka akan mendapatkan kedudukan dan kepercayaan orang Cina semula apabila mereka boleh membantu kaum Cina. Sama seperti kita katakan tadi; apakah kaum Cina di Malaysia pernah ditangkap dan disiksa, sedangkan boleh sahaja jika PLO mahu melakukannya?

6. Mereka boleh sahaja bekerjasama dengan rakan-rakan Melayu yang lain untuk bantu masyarakat Cina bahkan selama inipun kebajikan masyarakat Cina tidak pernah dipinggirkan dan diketepikan. jadi, tidak timbul isu dengan kedudukan tersebut MCA boleh membantu kaum Cina dengan lebih proaktif.

7. Terang lagi bersuluh, hari ini telah terbukti bukan sahaja DAP tamak kuasa, MCA juga “dua kali lima”; “Sudah diberi betis mahu peha pula”, inilah perumpamaan buat mereka, sedangkan kerusi hanya dua. Manakala yang parti Melayu dalam PN pula masih tidak nampak. Kelihatannya masih lagi terhegeh-hegeh mahu bersama MCA terutama UMNO, padahal MCA pernah hendak tinggalkan BN dan pernah beberapa kali mengugutnya.

8. Malah sewaktu BN kalah teruk semasa PRU-14. MCA masih terus menerus menegur hingga terpinga-terpinga. Sekarang parti Melayu sudah mula mengutip semula MCA.

9. Peribahasa Melayu ada menyebut “Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari”. Adakah UMNO lupa bahawa MCA yang pada satu ketikanya pernah mahu mengugut meninggalkan BN? Sampai bila UMNO mahu ‘ditunggang’ dan bertoleransi dengan golongan yang umpama “pedang bermata dua”?

10. UMNO perlu lebih tegas dan berani menyatakan prinsip terhadap rakan-rakan dari parti komponen yang lain. UMNO perlu kenal yang kawan boleh bersama susah dan senang serta mana kawan yang hanya boleh menumpang senang. Inilah masanya untuk MCA membuktikan kesetiaan mereka kepada BN.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts