DAP SUDAH MULA MENYESAL BEKERJASAMA DENGAN MAHATHIR?

5.1k
SHARES
29.8k
VIEWS

Dalam kenyataan terkini yang agak keras oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh di laman Facebook-nya, beliau dilihat mengecam terbuka Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pendirian ini dilihat senada dengan DAP dan PKR yang semakin meluat dan muak dengan tindakan Tun Mahathir yang masih teringin menjadi Perdana Menteri walaupun sudah berusia sangat lanjut dan sewajarnya berehat.

Andalah punca mengapa negara ini memerlukan reformasi. Dan hari ini anda mengatakan bahawa anda mahu ‘menyelamatkan negara’? Anda orang terakhir yang boleh melakukannya.” 

Ramkarpal juga menyindir Mahathir dalam isu tidak menyerahkan tampuk pimpinan negara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun telah berjanji akan melakukannya dan tidak mungkin tiada orang lain yang lebih layak menjadi Perdana Menteri, menunjukkan Pakatan Harapan sebenarnya kecewa dan menyesal tetapi masih tidak mahu mengaku secara terbuka. 

Sebagai rakyat Malaysia, saya mesti bertanya pada diri sendiri, bukankah ada orang lain? “Adakah kita akan melantik orang yang sama yang berjanji kepada negara bahawa dia akan menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim tetapi kemudiannya memberitahu kita hari ini bahawa dia (Anwar) tidak layak untuk negara ini?

Maka adakah ini petanda Mahathir akan disingkirkan daripada Pakatan Harapan selepas ini? Selepas puas mempergunakan bekas Perdana Menteri tersebut dan partinya Bersatu untuk memecah belahkan orang Melayu di negara ini?

Ataupun mereka akan terus mempergunakannya walaupun kecewa dan menyesal, asalkan undi Melayu terpecah yang pasti akan menguntungkan mereka. 

Jika DAP sendiri sudah sedar dan menyesal, kenapa Mahathir dan penyokong-penyokong tegarnya masih belum sedar dan tetap menggunakan naratif “ingin menyelamatkan negara”?

Jawapannya mudah, mereka hanya mahukan kuasa, tiada langsung dipedulikan rakyat apatah lagi peduli akan nasib negara. Apabila berkuasa, mereka akan kembali mencemuh rakyat sebagai pemalas dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan.

Hanya orang yang bodoh akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali, lebih bodoh jika jatuhnya berkali-kali. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts