JANJI POLITIK TIDAK BOLEH MENGATASI DASAR NEGARA

346
SHARES
2k
VIEWS

Tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim menegaskan, pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai ketetapan dan pendirian sendiri dalam menentukan setiap dasar dan hala tuju negara.

Pihak kerajaan sepatutnya tidak hanya mengikut janji politik yang dibuat melalui Manifesto Pakatan Harapan sebelum ini sekiranya ia bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan. Selain dilihat sebagai untuk memperjuang kepentingan satu kaum semata-mata serta seolah-olah ‘memperlekehkan’ taraf sistem pendidikan terutama Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Hal pendidikan negara perlu ke arah yang lebih jitu dan isu UEC adalah isu berkaitan pembentukan negara lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang yang lebih menjurus kepada perkauman di mana suara kaum Cina menentang kaum Melayu.”

Persoalan UEC ini dibangkitkan semula apabila Pakatan Harapan memenangi pilihanraya ke-14 sebelum ini pengiktirafan UEC juga terdapat dalam manifesto pilihanraya mereka.

Pihak kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat keputusan menegnai UEC kerana ia tidak memebri impak kepada masyarakat seluruhnya melainkan hanya kepada satu kaum sahaja yang bakal mendapat manfaat melalui pengiktirafan UEC ini.

Kementerian Pendidikan sewajarnya mengekalkan hanya satu sistem pendidikan kebangsaan demi kepentingan semua dan wajar mengiktiraf nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu manifesto bukanlah ‘kitab suci’ dan hanya sebagai panduan Pakatan Harapan sahaja.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts