MANA KEADILAN UNTUK ARWAH ADIB, TAKIYUDDIN CUKUP-CUKUPLAH BERPOLITIK

1.1k
SHARES
6.2k
VIEWS

Masih baru lagi rasanya iaitu sekitar bulan Mei 2019, YB Menteri Undang-Undang Perikatan Nasional Datuk Takiyuddin Hassan ketika itu dalam pembangkang dengan penuh kejantanan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Peguam Negara kerajaan Pakatan Harapan, Tommy Thomas, berkaitan proses inkues kes Adib.

Antara komen kerasnya pada masa itu  ialah beliau mengatakan tiada keperluan untuk mengadakan inkues memandangkan punca kematian telah diketahui iaitu kes bunuh. Beliau berkata sedemikian dengan mengambil kira kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor pada 18 Disember 2018 yang mengklasifikasikan kes kematian arwah Adib sebagai kes bunuh.

Beliau dengan dengan penuh kejantanan mempersoalkan adakah Peguam Negara pada masa itu tidak percaya kepada pihak polis? 

Tidak cukup dengan itu YB Takiyuddin semasa menjadi pembangkang juga telah menegaskan bahawa Peguam Negara telah ‘exceed‘ bidang kuasa Mahkamah Koroner kerana memfailkan satu afidavit yang menyatakan arwah Adib tidak dipukul oleh mana-mana orang sehingga menyebabkan kematiannya. 

“PAS Secretary General Datuk Takiyuddin Hassan said the Opposition intended to get justice for Adib, adding that this had nothing to do with race.” 

“His name could have been Adib, Maniam or Ah Seng. There is no politics here,” said Takiyuddin.

He also alleged that the AG had exceeded his powers in the way the inquest was held.

“The AG must not run the AGC as if it is his own law firm. The inquest to determine the cause of death of Adib is unnecessary, and Selangor deputy police chief Deputy Comm Datuk Ab Rashid Ab Wahab had already said that the case of Adib was a murder,” said Takiyuddin.

Rujuk; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/29/sack-ag-over-adib-inquest-say-umno-pas/

Kenyataan Takiyuddin nampak hebat dan penuh kejantanan pada masa itu. Sekarang apa sudah jadi? Anda adalah Menteri Undang-Undang ketika ini.

Mana keadilan untuk Arwah Adib? Jangan cakap tidak serupa bikin. Rakyat masih ingat apa yang anda cakapkan dahulu.

Yang Memohon Keadilan

(Dipetik daripada kenyataan WhatsApp yang tular baru-baru ini) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts