MAHATHIR BUNUH TIGA BURUNG DENGAN SATU BATU?

4.9k
SHARES
29k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Soalan paling popular sekarang ini ialah “Do you have numbers?”.

Ramai yang lupa, masa Muhyiddin mendapat perkenan YDP Agung sebagai PM tidak berbangkitpun soal senarai nama.

Yang penting ialah nombor. Jumlah yang sokong Muhyiddin hanya diketahui apabila berlaku pengundian memilih Speaker. Rupanya Muhyiddin ada 113 sahaja.

Ada pepatah menyebut “Killing two birds with one stone”. Apakah ada pepatah, “Bunuh tiga ekor burung dengan satu batu?”

Ini yang Tun Mahathir mahu lakukan. Dia lain dari yang lain. Dia mahu bunuh UMNO, Muhyiddin dan Anwar. Bunuh UMNO bermakna bunuh Najib, Zahid dan Ku Li.

Mahathir terkejut bila Anwar umum dia sudah cukup nombor untuk menjadi PM. Mahathir bertambah gerun bila UMNO mahu bagi ultimatum kepada Muhyiddin.

Semua itu kalau berlaku akan menamatkan riwayat politik Mahathir. Meminjam ayat Kadir Jasin, Mahathir tidak tahu hendak hidup tanpa kuasa.

Dalam senarai Anwar, pasti tidak ada nama Mahathir. Tetapi mungkin ada nama Maszlee, Dr Shaharuddin dan Amiruddin.

Sebab itu dalam satu perjumpaan tertutup, Mahathir tanya Anthony Loke dan Khalid Samad, Anwar ada cukup nombor ke? Itu tanda Mahathir risau dan rancang ‘game’ lain.

Anthony Loke mencadangkan kepada Tun M, supaya move on. Terima sahajalah kerajaan PN yang ada. Beri sokongan dan bantu terutama dengan ancaman COVID-19.

Jawapan Mahathir ialah, Amerika amat membenci ‘terrorist‘. Sebut sahaja terrorist, Amerika akan kejar dan bunuh sampai habis.

Itulah sikap Mahathir terhadap UMNO, Muhyiddin dan Anwar. Bunuh sampai habis. Dia tidak akan berhenti. No mercy.

Adakah Mahathir ‘kowtim’ dengan Ku Li? Anwar umum dia cukup nombor pada 23 September. Surat Ku Li kepada Speaker Dewan Rakyat bertarikh 25 September. Adakah kebetulan?

Surat Ku Li kepada Speaker meminta supaya usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin diberi keutamaan dan dinaikkan ke atas.

Semalam Maszlee, Dr Shaharuddin, Amiruddin dan Mukhriz memaklumkan mereka juga telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Adakah ini juga kebetulan?

Sekarang ini cerita Ku Li mengadap YDP Agung menimbulkan banyak tanda tanya. Adakah dia beritahu Tuanku, “Saya juga cukup nombor” atau dia mahu maklumkan kaedah undi tidak percaya akan digunakan.

Kalau Muhyiddin tolak terma baru dari UMNO, Muhyiddin habis. Jika Muhyiddin terima, Mahathir habis, Anwarpun habis.

Sampai masanya Mahathir dibiasakan untuk terus hidup tanpa kuasa.

Kesimpulannya, kini dengan sebiji batu Tun mampu membunuh seekor burung sahaja, iaitu Anwar. In sya Allah UMNO terus hidup. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts