USUL UNDI TIDAK PERCAYA: WAJARKAH AZHAR MEMINTA KU LI BERUNDING DENGAN TAKIYUDDIN?

1.2k
SHARES
13.8k
VIEWS

1. Pada 25 September 2020, Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mengutuskan surat kepada Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

2. Surat tersebut dibalas oleh Azhar dengan memberi alasan urusan kerajaan perlu didahulukan berbanding usul persendirian tersebut 

3. Azhar turut menyarankan agar Ku Li berunding dengan Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Undang-undang sekiranya beliau tetap ingin mengutamakan usul tersebut berbanding urusan kerajaan

4. Timbul persoalan adakah aturan dan perjalanan Dewan Rakyat tidak boleh diputuskan oleh Speaker Dewan melalui budi bicaranya sendiri?

5. Tindakan Azhar tersebut terlihat ‘janggal’ dan menunjukkan seolah-olah Speaker Dewan tidak mempunyai kuasa mendahulukan usul undi tidak percaya tersebut walaupun ia melibatkan kestabilan negara, sehingga terpaksa dirundingkan terlebih dahulu dengan Takiyuddin

6. Tidak mungkin Takiyuddin lebih berkuasa daripada Speaker Dewan, justeru adakah Azhar terkhilaf atau sengaja ingin ‘menjaga’ maruah Muhyiddin yang tetap melantiknya sebagai Speaker di sebalik pelbagai bantahan yang dikemukakan oleh banyak pihak – ketika menjadi Pengerusi SPR jelas beliau tidak telus dan memihak kepada pemerintah ketika itu iaitu Pakatan Harapan

7. Azhar bukan sahaja wajar mendahulukan usul undi tidak percaya Ku Li ini berbanding usul kerajaan yang lain malah ia mampu mengelak Muhyiddin dimalukan ketika Pembentangan Bajet 2021 pada November depan yang bakal menemui kegagalan kerana Muhyiddin sudah tidak lagi memperoleh sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat

8. Azhar wajar benarkan sahaja usul tersebut dibahaskan terlebih dahulu kerana kebenaran tidak boleh disorok dengan berdalih ataupun helah kerana sekiranya benar Muhyiddin tidak lagi memperoleh sokongan majoriti maka ia perlu dibuktikan tanpa Azhar perlu memihak kepada sesiapa

9. Bahkan Azhar perlu melaksanakan tanggungjawabnya selaku Speaker Dewan dengan adil dan telus kepada Ahli-ahli Dewan dan jika mereka sendiri mengemukakan usul yang penting mengenai masa depan dan kestabilan politik negara, Azhar tidak perlu berdalih atau melengah-lengahkanmya dengan pelbagai alasan dan helah

10. Bak kata Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali; “Amat memalukan jika Ahli Parlimen perlu membawa usul tersebut kepada Takiyuddin terlebih dahulu, maka adakah bermakna Parlimen ini sudah hilang wibawa, integriti dan martabatnya?” – tentu Azhar tidak mahu Dewan Rakyat yang mulia dianggap sebegitu rupa. 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan