PEJUANG PULA KEMUKA USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI

507
SHARES
3k
VIEWS
Terkini Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) pula memutuskan kelima-lima Ahli Parlimen Pejuang akan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Kenyataan tersebut di maklumkan oleh Ketua Penerangan Pejuang, Dr Maszlee Malik yang berkata bahawa perkara tersebut diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Penaja Pejuang semalam.
Keputusan tersebut diambil atas dua faktor iaitu pertama atas kegagalan Perdana Menteri mentadbir kerajaan sewaktu pandemik Covid-19 dan faktor kedua kerana  wujudnya keraguan terhadap bilangan majoriti yang dipunyai beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Kelima-lima Ahli Parlimen Pejuang yang telah menghantar usul undi tidak percaya tersebut kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah Ahli Parlimen Langkawi, Ahli Parlimen Jerlun, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Ahli Parlimen Seri Gading.
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts