STRATEGI ANWAR TIDAK KEMUKA SENARAI NAMA, ELAK AHLI PARLIMEN ‘DIGANGGU’?

1.3k
SHARES
7.9k
VIEWS

Blogger penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shahbudin Husin berkata bahawa segala yang dirancang nampaknya berjalan seperti yang diatur dan tindakan Anwar tidak mendedahkan senarai nama Ahli Parlimen yang menyokongnya adalah sebagai satu ‘strategi’.

Rujuk; https://shahbudindotcom.net/2020/10/14/tenang-yang-penting-muhyiddin-sedang-menuju-kejatuhannya.html

Beliau berkata, strategi tidak mendedahkan siapa 120 Ahli Parlimen yang menyokong Anwar adalah untuk mengelakkan mereka diganggu, ditekan atau mungkin ditawarkan habuan.

Senarai nama tersebut berada dalam kawalan ketua-ketua parti yang terbabit dan hanya akan dipersembahkan kepada Agong apabila ketua-ketua parti mula dipanggil mengadap ke Istana Negara bermula hari ini.

Selain itu Shahbudin juga mengulas mengenai pertemuan antara YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dengan YDP Agong, yang memberi gambaran seolah-olah ada “sesuatu yang sedang berlaku” yang mungkin akan mengganggu ‘strategi’ Anwar kali ini.

Sebagai rekod, sebelum ini Setiausaha Usaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya menggunakan artikel blogger yang sama untuk ‘mengangkat’ Muhyiddin dan bukannya Azmin sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir. 

Rujuk laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Batu yang menyiarkan artikel Shahbudin bertajuk “BERHENTI TONJOLKAN AZMIN DAN JANGAN LUPAKAN MUHYIDDIN” bertarikh 16 November 2018 di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=318443428742998&id=253131755274166

Suhaimi juga memohon lain-lain bahagian Bersatu di Wilayah Persekutuan untuk menyiarkan artikel yang sama di laman Facebook masing-masing, rujuk pautan; https://editormalaysia.com/16554/

Kini blogger yang sama pula ‘mengangkat’ Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, persoalannya adakah ia juga sebahagian daripada strategi? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts