ANWAR SALAH STRATEGI, AGONG NASIHAT AKUR DAN HORMATI PERUNDANGAN

755
SHARES
4.4k
VIEWS

‘Drama’ bagi merebut kembali kuasa pemerintahan negara melalui cara mempersembahkan ‘dokumen sahih’ mempunyai sokongan majoriti kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berakhir semalam.

Pertemuan selama 25 minit antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YDP Agong berakhir dengan baginda menasihati Anwar agar “akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”, yang memberi gambaran bahawa cara Anwar tersebut sebagai tidak berPerlembagaan. 

Terbongkar juga bahawa Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau kepada YDP Agong, sebaliknya hanya mengemukakan ‘jumlah’ mereka yang menyokongnya.

Sebagai rekod, Anwar sebelum ini dipetik berkata dalam sidang media pertama bahawa beliau akan mengemukakan senarai nama tersebut kepada YDP Agong terlebih dahulu. 

Justeru ‘strategi salah’ ini hanya merosakkan reputasinya sendiri dan merumitkan peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya, yang amat beliau idam-idamkan sejak sekian lama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts