KU LI DIJEMPUT MENGADAP YDP AGONG SELEPAS ANWAR

561
SHARES
3.3k
VIEWS

Selepas Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong memberi perkenan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap, baginda kemudiannya menerima kunjungan Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO yang masuk mengadap sekitar jam dua petang.

Kehadiran beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li tidak disedari oleh pengamal media yang ‘berkampung’ sejak pagi di Istana Negara kerana beliau dipercayai masuk melalui pintu tiga istana.

Pembantunya dipetik berkata kepada media tempatan, apabila YDP Tuanku menjemput mengadap maka Ku Li berbesar hati memenuhi jemputan Baginda Tuanku.

Banyak pihak berpandangan tujuan kunjungan veteran UMNO tersebut berkemungkinan mempunyai kaitan dengan isu melibatkan jawatan Perdana Menteri.

Pembantu beliau turut berkata bahawa Ku Li sudah bekerja secara senyap untuk jangka masa yang lama.

Dalam perkembangan lain yang berkaitan, selepas Anwar dan Ku Li, turut akan dipanggil mengadap adalah ketua-ketua parti termasuk Bersatu, UMNO, PAS, DAP, Amanah dan juga Warisan.

Apapun pokok perbincangan tersebut di antara YDP Agong, Ku Li dan Ketua parti politik lain tentunya ia diadakan demi meredakan ketidakstabilan dalam negara akibat daripada perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

Semoga melalui pertemuan tersebut, negara dilimpahkan dengan keberkatan dan kemakmuran berterusan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts