SELANGOR MOHON MKN KAJI SEMULA PELAKSANAAN MENGEJUT PKPB, ADA DAERAH MASIH ZON HIJAU

363
SHARES
2.1k
VIEWS

Kerajaan Negeri Selangor akan memohon agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menimbang semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan secara mengejut di Selangor.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, cadangan tersebut dibuat kerana masih ada beberapa daerah di Selangor yang masih berada dalam zon hijau.

“Keputusan Mesyuarat MKN Selangor menunjukkan hanya Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.” 

“Sehingga hari ini, secara konsensus kerajaan negeri melihat ada beberapa cadangan tertentu yang boleh dikemukakan untuk pertimbangan MKN.” 

“Kerajaan negeri berpandangan beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal.” 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts