SABAH, SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA DIKENAKAN PKPB

356
SHARES
2.1k
VIEWS

Dua negeri dan dua kawasan di Wilayah Persekutuan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 iaitu di Selangor dan Sabah manakala kawasan di Wilayah Persekutuan pula meliputi Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PKPB di seluruh Sabah sudah dimulakan hari ini sejak jam 12.01 malam, antara 13 sehingga 26 Oktober manakala baki kawasan lainnya akan dikuatkuasakan malam ini jam 12.01 malam, 14 sehingga 27 Oktober.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang dicapai melalui Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PKPB di negeri dan kawasan yang dinyatakan akan melibatkan 12.3 juta penduduk iaitu di Sabah 3.9 juta, Selangor 6.34 juta, Kuala Lumpur 1.77 juta dan Putrajaya pula melibatkan 110,000 penduduk.

Negeri Selangor bagaimanapun memohon MKN mengkaji semula pelaksanaan PKPB di seluruh negeri yang dilaksanakan secara mengejut.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, cadangan dikaji semula ini adalah kerana masih ada beberapa daerah di Selangor yang berada dalam zon hijau.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts