BN DAN PCS SAH TIDAK BERTANDING DI PRK BATU SAPI

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, yang akan dibuat selepas kematian penyandangnya sebelum ini Datuk Liew Vui Keong. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media di laman Facebook beliau. 

BN tidak bertanding di PRK Parlimen Batu Sapi kerana wabak Covid-19 perlu dielakkan daripada menular. Kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah dijadikan keutamaan.”

Dalam perkembangan lain, Parti Cinta Sabah (PCS) turut mengesahkan tidak bertanding. Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung PCS, Ansari Abdullah dalam satu kenyataan media semalam.

Menurut Ansari, Sabah ketika ini sedang dilanda teruk oleh wabak Covid-19 dan keselamatan rakyat Sabah perlu diutamakan. 

Pada kami, nyawa dan keselamatan rakyat mengatasi segala pertimbangan politik. Sabah sedang dilanda jangkitan virus Covid-19 yang amat teruk dan adalah jelas prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 telah gagal membendung penularan virus itu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts