TANGGUH DAHULU HASRAT MENJADI PERDANA MENTERI – ASYRAF WAJDI

126
SHARES
1.4k
VIEWS

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi saranan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menangguhkan hasrat beliau ingin menjadi Perdana Menteri, sebaliknya fokus kepada agenda membantu rakyat terlebih dahulu.

Menurut Asyraf lagi, negara ketika ini sedang mengalami penularan pandemik Covid-19 yang kian meningkat dan keselamatan dan kebajikan rakyat wajar diutamakan.

Beliau turut mengulangi saranan Pemuda UMNO agar semua ahli politik melakukan ‘gencatan politik’ dalam situasi genting sebegini, agar masing-masing mengenepikan perbezaan dan persengketean demi rakyat.

Apakah sudah terhakis rasa belas dan simpati terhadap keresahan dan kepayahan rakyat di semua peringkat ketika ini, yang saban hari memerah keringat bahkan berat memikirkan juadah atas meja, sama ada masih mampu terhidang untuk keluarga?” 

Saya ulangi saranan Pemuda UMNO kelmarin untuk semua ahli Ppolitik melakukan GENCATAN POLITIK (political ceasefire). Tatkala rakyat resah dan gelisah inilah, sewajarnya untuk ahli-ahli politik melangkaui sempadan parti dapat bersolidariti dan menzahirkan jiwa besar mengenepikan perbezaan dan persengketean demi agenda membantu rakyat.”

Justeru, setiap ahli politik di negara ini wajar mengenepikan perbezaan politik buat sementara waktu dan bersama-sama membantu rakyat mengharungi seribu macam kepayahan ketika ancaman pandemik Covid-19 belum berakhir.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan