PEMUDA UMNO CADANG BN DAN PN TIDAK BERTANDING DI BATU SAPI – ASYRAF WAJDI

19
SHARES
216
VIEWS

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak meletakkan sebarang calon untuk bertanding di Parlimen Batu Sapi Sabah berikutan kematian Ahli Parlimen Mendiang Datuk Liew Vui Keong.

2. Ini mengambil kira kegawatan penularan Pandemik Covid-19 yang makin meluas di negeri Sabah hingga boleh mencetuskan risiko keselamatan kepada rakyat.

3. Cadangan yang sama juga disyorkan kepada semua parti-parti politik lain termasuk Parti Perikatan Nasional bagi mengekalkan status quo kedudukan Parlimen Batu Sapi di bawah parti Warisan, menjelang PRK yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.

4. Fokus ketika ini harus diberikan untuk membendung wabak virus Covid-19 daripada terus menular, di samping membantu rakyat menangani keperitan hidup yang terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat pandemik yang tiada berkesudahan.

5. Pemuda UMNO percaya sudah tiba masanya untuk ahli-ahli Politik melangkaui sempadan parti dapat bersolidariti dan menzahirkan jiwa besar mengenepikan perbezaan dan persengketaan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

7 Oktober 2010

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan