LANJUTKAN MORATARIUM, BAYARAN ‘ONE OFF’ KEPADA MAHASISWA DAN TANGGUH PERSEKOLAHAN – PEMUDA UMNO

370
SHARES
2.2k
VIEWS

3 PERKARA UTAMA PEMUDA UMNO MINTA DIPUTUSKAN SEGERA OLEH KERAJAAN DALAM MESYUARAT KABINET HARI INI IAITU;

1. Perlanjutan tempoh moratarium selama sekurang-kurangnya 3 bulan

2. Bayaran ‘one-off‘ RM500 kepada mahasiswa terjejas dengan penangguhan kemasukan akademik

3. Penangguhan sementara sesi persekolahan

Saranan tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui siaran di laman Facebook-nya sebentar tadi. 

Beliau turut bertanyakan pandangan netizen mengenai apa lagi perkara yang perlu diberi perhatian segera oleh pihak kerajaan yang disambut dengan pelbagai saranan dan cadangan yang menarik, tidak kurang juga yang tidak bersetuju sekolah ditangguhkan. 

Namun rata-rata bersetuju dengan cadangan sekolah ditutup sementara, apatah lagi guru-guru dan pelajar-pelajar sendiri terdedah dengan ancaman Covid-19 yang kini kembali memuncak selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

Bagi yang tidak bersetuju pula tetap memohon sekolah ditangguhkan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko ataupun diklasifikasikan sebagai zon merah.

Sebagai rekod, kerajaan setakat ini masih menganggap situasi terkawal kerana jumlah meningkat tersebut adalah majoriti daripada Kluster Tembok iaitu daripada penjara di Kedah dan penjara di Sabah yang bermula apabila 2 orang PATI yang ditangkap, didapati positif Covid-19. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts